in

“Dia baru kerja situ tak sampai sebulan dah jadi macam ni…”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Dia baru kerja situ tak sampai sebulan dah jadi macam ni..."
/

Bahaya betul ye zaman sekarang ni. Tak kisahlah walau kat mana korang berada, jenayah tu ada di mana-mana. Ini termasuklah apa yang berlaku kat sorang lelaki baru-baru ni.


Menerusi video viral di Twitter, seorang individu share kejadian ngeri menimpa adiknya yang bekerja di bahagian receptionist sebuah hotel di Nusa Bestari, Iskandar Puteri. Video tersebut menunjukkan seorang lelaki secara tiba-tiba meluru ke kaunter dan ugut nak rompak duit.

Mangsa kemudian tak memasal kena tikam kat bahagian pinggang dan lengan dalam pergelutan tu. Adoi! Gilalah! 

https://twitter.com/atenrara/status/1037147680558837760

Susulan kejadian ni, mangsa terus buat laporan polis. Mujurlah jugak mangsa tak apa-apa cuma alami kecederaan kat bahagian pinggang dan lengan yang kena tikam je. Kesan luka tu pun hanya kena jahit saja. Syukurlah… 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Menurut tweet yang ditulis kakak mangsa, adiknya tu baru saja kerja di situ tak sampai sebulan. Malah lebih mengejutkan, kawasan hotel tu pulak memang selalu jadi tempat rondaan polis. Pun macam tu, masih ada lagi yang berani nak buat jahat. Katanya, lelaki yang serang adiknya tu pulak warga Vietnam tapi masih belum disahkan polis.

Sumber: Twitter

Ini video dari pandangan depan pulak yang dikongsikan kakak mangsa:

Rata-rata netizen yang membaca posting ini mendoakan kesihatan mangsa. Ada jugak di kalangan netizen yang bengang kenapa customer yang ada kat situ tak bantu mangsa. Maybe dia pun takut dan terkejut kot kan? Tak baik judge orang.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Hati-hatilah korang tambah-tambah bagi mereka yang kerja syif malam macam tu. Bahaya ada di mana-mana! 

Baca: [VIDEO] Tak Sampai 20 Minit, Perompak Pecah Rumah Bawa Lari Barang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.