in

“Dia ayah penyayang” – Anak ‘BTK Killer’ Tak Pernah Syak Ayah Pembunuh Terkenal Selama Dua Dekad Hidup Sebumbung

Collage 9

Kalau dekat Amerika Syarikat, sebut je nama BTK Killer mesti dorang kenal dengan pembunuh bersiri yang pernah gegarkan negara dengan keganasannya membunuh 10 orang mangsa kebanyakannya wanita muda selama 30 tahun.

Sentiasa tonjolkan diri sebagai seorang penganut Kristian yang baik serta bapa dan suami penyayang, keluarga dan rakan-rakan memang tak sedar dorang dah hidup dengan pembunuh kejam ni.

Dennis Rader With Children 768X432 1

Baru-baru ini, anak perempuan BTK Killer mendedahkan macam mana kehidupannya sebagai anak Dennis Rader, pembunuh bersiri terkenal ini sebelum, semasa dan selepas dia mengetahui tentang kekejaman bapanya melalui sebuah buku bertajuk, A Serial Killer’s Daughter: My Story of Faith, Love, and Overcoming.

51D0Zfzmzbl. Sy445 Ql70 Ml2

Dah berusia 26 tahun bila dapat tahu bapa pembunuh bersiri terkenal

Kerri Rawson dibesarkan oleh ibu bapa yang penyayang dan mempunyai kehidupan yang cukup bahagia semasa kanak-kanak. Bapanya sering bawa dia memancing, memanjat bukit dan tolong dia hias pokok krismas setiap tahun.

Kerri Rawson Decorating The Christmas Tree 768X797 1

Tapi pada tahun 2005, ketika dia berusia 26 tahun, dia dapat tahun yang bapa kesayangannya ini merupakan BTK Killer yang gemar ikat (Bind), seksa (Torture) dan bunuh (Kill) mangsa-mangsanya selama bertahun-tahun.

Kegiatan kejam Dennis Rader ini merupakan satu kejutan untuk Kerri kerana imej bapa penyayang yang dia kenal selama ini tak sama langsung dengan pembunuh bersiri yang dicari pihak berkuasa.

Ketukan pintu ubah kehidupan Kerri Rawson 180°

Kerri Rawson dilahirkan di Wichita, Kansas pada tahun 1978. Selama lebih dua dekad, dia kenal bapanya sebagai seorang bekas tentera, presiden gereja dan ketua pengakap sehinggalah pada satu malam, ketukan pintu mengubah segala-galanya…

Ia merupakan hari yang normal. Saya dah tertidur. Saya ambil cuti dan agak geram memikirkan siapa yang ketuk pintu pada waktu macam ni, sehinggalah saya dengar dorang sebut ‘FBI'”

“Dia tanya, ‘Awak tahu siapa BTK?’ Saya jawab, “Maksud awak orang yang dicari sebab membunuh di Kansas?’ dan dia cakap, ‘Bapa awak telah ditahan sebagai BTK.”

Dari gereja ke pembunuh

Teenage Kerri Rawson And Dennis Rader 768X539 1

Ibu bapa Kerri bertemu di gereja, ibunya Paula Dietz bersetuju untuk berkahwin dengan bapanya. Ketika ini, Dennis baru nak berjinak-jinak dengan pembunuhan tapi keinginan untuk membunuh dan bermula dari dulu.

Menurut Dennis, dia dah ada masalah sejak di sekolah lagi, walaupun normal untuk budak seusianya mempunyai fantasi seksual, dia punya lebih pelik dari yang lain.

Dennis sedar yang dia mempunyai rangsangan yang pelik bila satu hari, cincin ibunya tersangkut di spring sofa dan dia suka tengok ibunya terkial-kial cuba keluarkan cincin tersebut.

BTK Killer mula menakutkan penduduk di Wichita sejak dari tahun 1970-an dan 1980-an sebelum berhenti ‘rehat’ selama lima tahun dan membunuh kembali pada tahun 1991.

Dennis juga seringkali mengusik pihak polis dan media tempatan dengan menghantar surat, lukisan dan puisi kerana mahukan perhatian dan pengiktirafan.

376C8Bdc00000578 0 Image A 49 1471698221888

Mangsa pertamanya adalah pasangan Joseph dan Julie Otero dan dua dari lima anak mereka pada Januari 1974. Kemudian, pada tahun yang sama dia membunuh seorang gadis, Kathryn Bright berusia 21 tahun dan Shirley Vian dan Nancy Fox pada 1977.

Saya mangsa jenayah dari sebelum saya lahir. Saya lahir pada ’78… Ayah saya bunuh seorang wanita muda semasa ibu saya mengandungkan saya tiga bulan. Jadi, saya adalah mangsa jenayah kerana saya dah tinggal dengan penjenayah sejak dari dalam perut.”

Mangsa ke-8 Dennis merupakan jirannya Marine Hedge yang dibunuh pada tahun 1985. Mangsa ke-9, Vicki Wegerle diseksa dan dibunuh pada tahun yang sama. Mangsa terakhirnya, Dolores Davis dibunuh pada Januari 1991, lima tahun selepas lelaki ini mendiamkan diri.

Tanda-tanda bapa pembunuh

Kerri Rawson At Her Wedding With Dennis Rader 768X663 1

Menurut Kerri, dia dan keluarganya hidup seperti keluarga normal yang lain dan memang tak ada apa-apa tanda menunjukkan bapanya merupakan pembunuh bersiri yang sering terpampang di dada-dada akhbar.

Kalau kami nampak sikit je yang bapa saya cederakan orang lain, tambah pula bunuh 10 orang mangsa, kami mungkin dah menjerit keluar dari rumah dan terus ke balai polis.”

Kerri masih ingat ketika dia dapat tahu bapanya merupakan seorang pembunuh pada tahun 2005. Dia merenung ke arah kek coklat di atas meja cuba untuk berpijak semula ke alam nyata selepas dunia seakan berpusing saat dia mendengar pihak polis mendedahkan siapa bapanya yang sebenar.

Kerri Rawson At Graduation With Dennis Rader 768X802 1

Dia juga turut meminta kad pengesahan polis kerana bapanya sering ingatkan dia untuk periksa latar belakang sebelum percaya orang lain kerana semua orang boleh berpura-pura menjadi orang lain.

Kehidupan Kerri Rawson sekarang

Kerri Rawson Dennis Rader Btk Killer

Selepas 15 tahun, Kerri masih lagi dalam proses untuk pulih dari trauma dan percaya yang dia akan sembuh lambat-laun.

Kerri juga mengaku selepas lama tak bercakap dengan bapanya. Sejak tahun 2012, dia mula tulis surat untuk bapanya di penjara sehingga ke hari ini kerana dia telah pun memaafkan bapanya.

Saya tak bercakap dengan BTK. Saya cakap dengan ayah saya. Lelaki yang saya tinggal dan sayang selama 26 tahun.”

C22Aa04D 974D 416F 913B Fd8171Cd7482 08 Rawson Dec 81

Hingga ke hari ini, saya masih sayangkan ayah saya. Saya sayang lelaki yang saya kenal dan saya tak kenal BTK. Itu bukan lelaki yang saya pernah kenal dan sayang.”

Kerri turut memberitahu yang ibunya cuba beranikan diri untuk membaca bukunya. Kalau korang nak tahu, ibu Kerri dah diberikan penceraian kecemasan beberapa bulan selepas Dennis ditangkap.

BTK Killer mengaku bersalah pada 27 Jun 2005 atas kesalahan membunuh 10 orang mangsa. Dia kini sedang menjalani hukuman penjara sepanjang hayat tanpa ada kemungkinan untuk dibebaskan.

Sumber: ati

 

Baca: Dennis Rader: Bapa Dan Suami Penyayang Ini Lebih 30 Tahun Bunuh & Seksa Jiran-jirannya Tanpa Dikesan

Screenshot 2020 09 09 At 1.30.37 Pm