in

Terlalu Terpengaruh Dengan K-Drama Didakwa Antara Punca Kes Remaja Bunuh Diri?

Featured Kpop 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Drama Korea (K-Drama) selalu menjadi pilihan utama kebanyakan rakyat Malaysia pada masa kini terutamanya dalam kalangan remaja. Ia dikatakan kerana kebanyakan K-Drama mengandungi hiburan yang pelbagai


Isu K-Drama menjadi salah satu punca kes bunuh diri dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya remaja, telah dibangkitkan Senator Mohd Apandi Mohamad ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, Kuala Lumpur, semalam.

“Kebanyakan remaja yang ramai membunuh diri terlalu terdorong dengan filem-filem dan drama daripada Korea”- Senator Mohd Apandi Mohamad

Kpop

Turut menambah semasa mencelah perbahasan Fadhlina Sidek, beliau bertanya kepada ahli sidang parlimen yang lain adakah mereka bersetuju dengan pernyataan yang dibuat. Hal ini kerana, katanya terdapat K-Drama yang mempunyai unsur-unsur bunuh diri apabila menemui kegagalan dalam hidup.

“Bila gagal bunuh diri”- Senator Mohd Apandi Mohamad

Fadhlina Sidek yang juga merupakan seorang aktivis kesihatan mental turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan kerana katanya terdapat banyak faktor kes bunuh diri dalam kalangan remaja.

Menurut Harian Metro Fadhlina berkata media memainkan peranan yang sangat penting dalam melaporkan kes bunuh diri secara beretika. Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai kepentingan perlindungan sosial kepada golongan bawah umur kerana mereka tergolong dalam golongan umur rentan.

Baca: Dr Hisham Dedah Statistik Mengejutkan, Tiga Bulan Pertama 2021, Malaysia Laporkan 4 Kes Bunuh Diri Sehari

Baca Kpop

Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.