in

Desak Tunjuk Bukti PN Dapat Dana PRU15 Dari Syarikat Judi, Anwar Nasihat Jangan Gopoh

Ft Anwar Takiyuddin Hamzah 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar ada memberikan satu kenyataan dengan memberikan bayangan bahawa sebahagian dana pilihan raya dari Perikatan Nasiaonal(PN) datang dari syarikat perjudian semasa Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15).


Tambah Anwar yang juga selaku Menteri Kewangan mendapati bahawa ada ‘pelanggaran’ dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 billion tender.

Tuduhan tak berasas, desak tunjuk bukti – Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Screenshot 2022 12 06 125424

Berikutan dengan kenyataan tersebut, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menzahirkan rasa kesal terhadap dakwaan yang dikeluarkan.

Menurut Sinar Harian, tuduhan yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia itu disifatkan sebagai tidak berasas dan menggesa agar Anwar kemukakan bukti.

“Tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan Pas menuntut Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.”

“Sekiranya gagal Perikatan Nasional akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang memfitnah.”

Takiyuddin jangan gopoh – Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim 20221127134554 Bernama

Susulan dengan kenyataan tersebut, Anwar Ibrahim mengingatkan Takiyuddin agar tidak bersikap gopoh ketika mengeluarkan kenyataan, lapor Harian Metro.

“RM600 bilion itu peruntukan sepenuhnya tetapi kita akan teliti di mana ada pelanggaran peraturan dan ketirisan.”

“Saya nak nasihatkan Takiyuddin jangan gopoh kerana saya di Kementerian Kewangan. Fail ada pada saya.”

 

 PN beri RM50,000 kepada calon PRU15, tapi bukan dari syarikat perjudian – Hamzah Zainuddin

Screenshot 2022 12 06 125751

Oleh itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut tampil memberikan keterangan bahawa tidak dinafikan bahawa setiap calon PN dalam PRU15 diperuntukkan dana RM50,000 seorang, namun menyangkal dakwaan bahawa ianya datang daripada syarikat judi.

Tegas beliau, jika mempunyai sumber kewangan yang banyak, gabungan tersebut akan menang besar bukan setakat 73 kerusi Parlimen yang diperoleh pada pilihan raya umum (PRU) lalu, lapor Utusan.

“Oleh kerana mereka takut akan peristiwa yang telah pun ditempuhi dalam PRU15 baru-baru ini, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluarkan kenyataan seolah-olah bahawa dalam kempen kita jutaan ringgit telah dikeluarkan oleh PN dan duit datangnya daripada tauke judi. Masya-Allah.

“Saya nak maklumkan betul kita bagi duit, saya ni Setiausaha Agung PN dan ada ramai calon (PN) yang ada depan saya, kita bagi RM50,000 (sahaja) seorang calon.”

“Kalaulah saya ada duit daripada kaki judi saya ingat bukan hanya menang 73 kerusi (Parlimen), hak Barisan Nasional (BN) yang ada 30 kerusi itu pun kita sapu habis tapi sebab tak cukup duit, modal kurang. Sebab itulah kita tak dapat menang banyak tu saja.”

Baca : Nurul Izzah Tinggalkan PESANAN PENTING Buat Bapa Tersayang, Anwar Ibrahim

Anwar Izaah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.