in

“Derma RM50 ribu? Tak patutlah!” – Sumbangan Kelantan Bantu Mangsa Banjir Dipertikai Netizen

Banjir1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banjir yang menimpa Pulau Pinang telah membuka mata ramai pihak untuk berganding bahu dalam menyalurkan bantuan kepada kerajaan negeri yang ditimpa musibah ini. Semalam, beberapa agensi dan syarikat besar seperti Air Asia telah mengumumkan janji mereka dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas di negeri tersebut.

23244196 182230395687536 5985048459959722330 N
sumber: facebook

Ini juga termasuklah pengumuman Menteri Besar Kelantan untuk memberikan bantuan sejumlah RM50,000, selain menghantar sukarelawan untuk membantu mangsa yang berada di dalam kesusahan, lapor Utusan Online.


Namun tatkala segala bantuan dicurahkan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk bangkit dari bencana ini, sumbangan yang disalurkan kerajaan negeri Kelantan pula dipertikaikan segelintir netizen. Laa kenapa pulak? 

Unset
sumber: 1media

Menurut Malaysian Digest, usaha murni yang ditonjolkan Kelantan melalui kepimpinan kerajaan PAS diperlekehkan apabila ada di antara netizen membandingkan sumbangan tersebut agak ‘kecil’ daripada sumbangan RM1 juta yang disalurkan Pulau Pinang terhadap Kelantan ketika dilanda banjir besar pada 2014.

Tidak cukup dengan itu, sumbangan kerajaan Selangor yang bernilai RM1 juta juga dikatakan lebih besar daripada sumbangan yang diberikan negeri tersebut. Eh boleh pulak banding-bandingkan sumbangan ye? 

1 2
sumber: facebook
2 1
sumber: facebook
3
sumber: facebook

Susulan isu itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sumbangan RM50,000 yang diberikan kepada Pulau Pinang adalah mengikut kemampuan kerajaan negeri berkenaan yang tidak mewah seperti negeri lain.

“Dalam Islam, kalau mahu sedekah, berilah ikut kemampuan. Kita beri setakat termampu. Lebih baik sedikit daripada tak memberi langsung.

“Untuk permulaan ini kita sumbangkan RM50,000 dulu dan mungkin selepas ini, kalau ada rezeki lebih, kita boleh sumbangkan lagi. Janganlah bandingkan kita dengan negeri lain yang kaya,” katanya kepada Utusan Online.

Betul tu, dalam menderma kita harus ikhlas kan? Itu lagi penting! 

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob juga menyeru semua pihak agar membantu mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut dan mengetepikan sentimen politik.

23319263 585359888522132 5612033385017187348 N
sumber: facebook

Kenyataan ini juga disokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjanji untuk terus menyalurkan bantuan secara konsisten melalui kerajaan pusat kepada rakyat yang ditimpa musibah meskipun mereka berada di negeri yang ditadbir parti pembangkang. Inilah semangat yang kita mahu! 

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui Facebook rasminya telah melahirkan penghargaan terhadap kerajaan PAS Kelantan kerana sudi menyalurkan bantuan sebanyak RM50,000.

“Terima Kasih Negeri Kelantan atas segala sumbangan dan kelulusan sejumlah RM50 ribu sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang,” tulisnya di status Facebook.

Guan Eng
sumber: facebook

Perkongsian Ketua Menteri ini telah mendapat sokongan dari netizen yang rata-rata bersyukur dengan sumbangan ikhlas yang disalurkan PAS kepada negeri tersebut.

Sokong
sumber: facebook

Sikit atau banyak bantuan yang disalurkan tidaklah begitu penting. Yang paling penting, mereka ikhlas beri bantuan dan semua pihak berganding bahu untuk tolong mereka yang memerlukan. Dalam situasi ni, lebih elok kita banyak bersyukur dari merungut. 

Baca: 8 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Banjir Terburuk Dalam Sejarah Pulau Pinang 

Banjir 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.