in

“Depa tunggu saya buat salah” – Chef Ammar Nafi Jualan Dah Tak Laku

chef ammar nasi arab tak laku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran yang mendakwa perniagaan Nasi Arab oleh Chef Ammar di bazar Ramadan sudah tidak laku berikutan tiada yang beratur membeli juadahnya seperti sebelum ini.

Hantaran itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi orang ramai yang berpendapat mungkin ramai yang sudah memboikot perniagaannya.


Bagaimanapun, Chef Ammar yang ditemu bual oleh pencipta kandungan, Najee Mahshar by Nasi Kandaq Runner menafikan dakwaan terbabit kerana pada hari kejadian kedainya baru sahaja dibuka kepada orang ramai.

Artikel berkaitan: “Persaingan makin kuat” – Tak Macam Tahun lepas, Gerai Chef Ammar Di Bazar Ramadan Lengang?

Malaysia is on me now. Depa tunggu saya nak buat salah,” katanya.

Menerusi video yang berdurasi enam minit itu, kelihatan ramai pengunjung di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam beratur untuk membeli juadah berbuka di gerai Chef Ammar.

Dalam video itu, Chef Ammar menjawab pelbagai persoalan seperti dakwaan perniagaannya tidak laku serta diboikot dan perbezaan resipi beliau dengan peniaga lain.

Dia menitipkan nasihat kepada orang ramai terutamanya kepada golongan yang mempunyai niat untuk menjatuhkan perniagaanya supaya tidak membuat kerja tuhan.

Dalam pada itu, beliau menyatakan tidak peduli dengan apa yang diperkatakan mengenai perniagannya kerana hanya tuhan yang menentukan rezeki.

“Kalau tuhan izin nak jatuhkan saya, tuhan izin. Kalau tuhan tak izin, awak buat lima tahun lagi, awak tak boleh lah.

“Ini semua kerja Allah, jangan jadi tuhan..itu sahaja. Tapi alhamdulilah terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sokong perniagaan saya,” katanya.

Pun begitu, Chef Ammar juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti sokong perniagaannya.

Selera masing-masing, usahlah membeza-bezakan perniagan orang.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.