in

“Dengar perempuan tu jerit-jerit” – Individu Dakwa Jadi Saksi Nampak Pelakon Lelaki Pukul GF?

Pelakon Lelaki Pukul Gf

Apabila anda merupakan seorang yang terkenal, segala gerak-geri anda akan sentiasa diperhatikan.

Terbaru, seorang pelakon lelaki dikatakan memukul teman wanitanya bertubi-tubi di dalam kereta sehingga jeritan gadis tersebut kedengaran sehingga ke luar.

Perkongsian pengguna TikTok @rizzazizi itu menimbulkan persoalan ramai memandangkan dia tidak memberitahu nama pelakon yang melakukan perkara itu.

@rizzaizizi

?

♬ original sound – Riz Zaizizi af6 – Riz Zaizizi af6

“Masuk kereta dengar bunyi perempuan jerit-jerit bila tengok kereta tu nampak laki tu pukul-pukul banyak kali pulak tu.

Pergi nak tolong tapi perempuan tu nangis-nangis tapi taknak keluar kereta pulak,” tulisnya.

Malah, individu berkenaan turut memberitahu jika wanita tersebut ingin melakukan laporan polis, dia sudi untuk menjadi saksi dan memberikan keterangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berteka-teki tentang siapakah pelakon lelaki yang mengasari teman wanitanya itu, namun pengguna TikTok itu tidak memberikan sebarang nama atau klu.

Cats 1

Pun begitu, individu berkenaan ada memberitahu bahawa pelakon lelaki tersebut mempunyai muka yang ada ciri-ciri soleh.

Cats

Hmm, harap wanita tersebut tampil buat laporan…

Baca: Kantoi Curang Dengan Wanita Lain, Lelaki Jatuh Dari Tingkat 3 Kerana Lari Dari GF

Takut Kantoi Gf