Kalau dulu heboh mendengar kisah mistik berkenaan beberapa buah kawasan di Selangor diganggu dengan ketukan di pintu rumah tanpa salam, kali ini muncul pula satu kisah misteri baru.
Menerusi perkongsian Ruqaiyyah Annamirah di Facebook, dia berkongsi pengalaman seram yang berlaku di kawasan perumahannya dekat Sungai Petani, Kedah apabila rumah jiran dicerobohi oleh seorang lelaki tua tidak dikenali.
Menurut Ruqaiyyah, semuanya bermula sekitar jam 5.20 pagi apabila sebuah kereta Proton Iswara berwarna merah berlegar-legar di unit lot mereka.
Kemudian rumah jiran di hadapan mereka telah dicerobohi oleh seorang lelaki tua bertongkat. Lelaki itu katanya telah membuka sangkar anjing hitam milik jirannya dan telah bermain-main dengan anjing tersebut. Aik? Dah kenapa pulak ni….
“Rumah jiran depan rumah hampir kena pukau..
“Seawal jam 5.20 pagi ada Proton Iswara warna merah berlegar-legar kawasan unit lot kami. Ada seorang tua bertongkat masuk kawasan rumah jiran depan. Betul-betul depan rumah kami.
“Jiran depan rumah ni Indian and diorang ada bela anjing hitam yang besar untuk jaga rumah, orang tua ni boleh buka sangkar dan main dgn anjing hitam besar. Ya Allah scary.
“Bila dia sedar ada org nampak, dia tak lari pun. Dia tenung dan berjalan slow2 ke belakang rumah.”
“Kawasan perumahan memang autogate. Wallahu’alam macam dia boleh masuk”
Malah yang lebih mencurigakan bagaimana lelaki tua itu dapat masuk ke dalam kawasan perumahan tersebut kerana ia dilengkapi autogate.
Lelaki itu juga boleh memasuki rumah tanpa mengopak atau pecahkan pintu pagar rumah. Kalau lelaki itu memanjat, menurut Ruqaiyyah ia tidak logik kerana dia memakai kain dan pagar juga sangat tinggi.
Kawasan mereka juga dilaporkan kerap mengalami blackout secara tiba-tiba sejak akhir-akhir ini dan suaminya juga ada mendengar bunyi orang menguis batu kerikil di tepi rumah.
Walau bagaimanapun, kawasan kejiranan itu katanya sudah membuat laporan polis dan polis mengatakan bahawa lelaki itu berkemungkinan tidak siuman. Namun yang menjadi persoalannya bagaimana lelaki itu boleh masuk ke dalam kawasan rumah mereka?
Dah lodge police report, regarding officer tu katanya orang gila, pihak polis tak nampak motif lain.
“Tapi mana ada orang gila masuk rumah orang pukul 5 pagi. And macam mana dia boleh masuk autogate. Misteri dan risau kan anak-anak dalam rumah ni,” katanya.
“Ada ilmu ni, hati-hati boleh bersangka baik tapi kena bersangka buruk kalau ada niat tak baik”
Rata-rata netizen yang membaca posting ini menasihatkan agar kejiranan tersebut berhati-hati dengan orang berkenaan kerana bimbang mungkin ia ada kaitan dengan ilmu pukau atau sihir.
Malah ada juga yang mengakui mereka berasa seram apabila terlihat wajah orang tua berkenaan melalui gambar yang dimuat naik pemilik posting tersebut. Erk!
Aihh min yang baca ni pun meremang bulu roma. Seram!