in

“Dengan family sendiri pun tak bagitau” – 5 Sekeluarga Meninggal Dunia Lepas Salah Seorang Rahsiakan ‘Result’ COVID-19

Dengan Family Sendiri Pun Tak Bagitau 5 Sekeluarga Meninggal Dunia Lepas Salah Seorang Rahsiakan Result Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatkala masyarakat dunia sedang berdepan dengan wabak COVID-19, kadangkala terlintas di media mengenai individu yang bersikap tidak jujur mengenai status mereka ketika pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.



Tup, tup, positif COVID-19. Dah susahkan staf di hospital yang merawat.

Kali ini, kisah yang lebih kurang sama berlaku di Venezuela. Seorang wanita memilih untuk merahsiakan result diagnosis COVID-19 miliknya.

Lebih menyayat hati apabila rahsia itu memakan diri selepas dia, suami dan tiga orang anak mereka meninggal dunia akibat wabak maut itu.

Tak beritahu keluarga sendiri mungkin sebab takut

Covid 19 Test Report Positive Medical Report 13598 95 E1612665362759
Gambar hiasan

Memetik laporan Newsweek, wanita yang dikenal pasti sebagai Verónica García Fuentes, 36, mula mengalami demam panas pada pertengahan Disember lalu. Setelah menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) dimana dia telah disahkan positif COVID-19, Verónica terus mengasingkan diri di rumah.

Walau bagaimanapun, Verónica memberitahu suami, José Antonio, 33, dan anak-anaknya yang dia hanya mengalami selsema teruk.

Menurut laporan akhbar di Venezuela, Verónica mungkin memilih untuk menyimpan rahsia mengenai keputusan ujian PCR itu kerana takut.

Namun begitu, wanita itu akhirnya berterus-terang dengan memberitahu suaminya yang dia positif COVID-19 pada lewat Disember ketika pasangannya itu dalam perjalanan ke sebuah parti keluarga.

Kesihatan Verónica mula merosot pada Januari lalu. Manakala, suami dan tiga anak mereka yang berusia 17 tahun dan sepasang kembar berumur empat tahun juga disahkan positif wabak sama namun mereka asymtomatic (mereka yang dijangkiti tapi tak menunjukkan sebarang simptom).

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, Verónica dan suaminya meninggal dunia selepas lelaki itu menunjukkan simptom wabak yang teruk.

Pada penghujung Januari, ketiga-tiga anak mereka juga dilapor meninggal dunia akibat virus sama.

Face Mask E1612665656521
Gambar hiasan

Kes menyayat hati itu mendapat perhatian pihak berkuasa perubatan di daerah itu yang terus mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memakai face mask, membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.

Sehingga bulan ini, terdapat 127,346 kes Covid-19 disahkan di Venezuela dengan 1,196 kematian, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sumber: Newsweek

Baca: Pentingkan Diri! Doktor Meninggal Dunia Lepas Rawat Pesakit ‘Tak Jujur’, Sorok Status Positif Covid-19

Featured 8 E1612663160119

Sumber: Freepik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.