in

Pentingkan Diri! Doktor Meninggal Dunia Lepas Rawat Pesakit ‘Tak Jujur’, Sorok Status Positif Covid-19

Featured 8 E1612663160119

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam berdepan dengan wabak Covid-19, setiap orang perlu jujur ketika mendapatkan rawatan supaya mudah bagi pasukan perubatan merawat mereka.


Namun lain pula kejadian di Indonesia.

Seorang doktor dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 selepas merawat seorang pesakit yang rahsiakan status positif wabak tersebut.

Mangsa, Dr Berkatnu Indrawan yang merupakan doktor di Rumah Sakit Umum Daerah Dr Soewandhie di Surabaya meninggal dunia pada Isnin lalu, lapor Harian Metro.

3956421029

Difahamkan yang doktor tersebut telah merawat seorang individu dari Pemalang yang telah dijangkit virus itu.

Beberapa hari kemudian, dilaporkan doktor tersebut mengalami asma yang teruk.

Doktor itu petugas barisan hadapan untuk merawat Covid-19 namun pesakitnya tidak bersikap jujur ketika menerima rawatan

Disebabkan itu, doktor berkenaan dijangkiti tanpa disedarinya,”– Koordinator Kesihatan Penugasan Covid-19 Surabaya, Febria Rachmanita

16371 Rumah Sakit Umum Daerah Dr. M. Soewandhie

Katanya Dr Berkatnu kemudiannya diberi rawatan sebelum mendapatkan ujian Covid-19 dah disahkan positif selepas menjalani ujian saringan.

Selepas dirawat selama 3 minggu, doktor tersebut dikatakan telah pulih malah ujian susulan menunjukkan yang dia negatif Covid-19.

Namun kesihatannya semakin merosot apabila jantungnya dikatakan membengkak sebelum dia dilaporkan meninggal dunia.

 

Baca : “Apa bezanya mati karena Korona dengan mati karena tidak makan?” – [VIDEO] Rakyat Indonesia Bantah Perintah Larangan Pergerakan

Ka 1

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.