in

“Dengan confident angkat tangan!” – Tindakan Pelajar ‘Parking’ Atas Pembahagi Jalan Buat Netizen Terhibur!

xctfuvgyibhjkl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

 

Kelas memandu mungkin menjadi perkara yang menggerunkan buat sesetengah orang sebab ada yang menganggap ia sangat sukar dan berisiko. Tambahan pula kalau dapat guru memandu yang tegas sudah tentu lagi menambahkan ketakutan kita.

Tapi biasalah orang kata dah nama pun kelas memandu, mesti ada saja kesalahan yang pernah kita buat tidak kira sama ada kecil mahupun besar. Daripada salah semasa ujian bersama pihak JPJ, baik kita buat salah dalam litar. Betul tak?


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan situasi yang berlaku antara guru dan pelajar di sesebuah kelas memandu yang mungkin buat korang terhibur!

Pelajar ‘parking’ atas pembahagi jalan, siap angkat tangan lagi!

Sebuah video yang berdurasi 2 minit itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan situasi yang berlaku di sebuah kelas memandu dengan kedengaran bebelan seorang guru memandu yang melihat ragam pelajarnya memarkir sampai masuk ke pembahagi jalan.

Apa yang mencuit hati, pelajarnya tersebut siap angkat tangan lagi seperti dia merasakan bahawa cara parking sudah betul dengan apa yang diajar oleh gurunya.

@appypyna

apabila belajar main hentam bila marah cakap cikgu jahat.. ye ler jahat ler abg ni.. #fypシ #fypシforyoupage #appypyna

♬ original sound – appy pina – appypyna

“Apabila belajar main hentam bila marah cakap cikgu jahat.. ye ler jahat ler abg ni.”

Menerusi video itu, guru tersebut juga dilihat membebel dan menyelit nasihat terhadap pelajarnya supaya sentiasa mencatat apa yang diterangkan agar tidak berlaku kesilapan yang sama.

“Suruh tulis taknak…nak ingat, ingat Mamak ke?…”

Netizen terhibur, ada yang turut kongsi pengalaman semasa kelas memandu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka semasa belajar di kelas memandu. Video tersebut meraih 1 juta tontonan dengan 82,000 sukaan di media sosial.

Screenshot 2022 11 01 at 4.20.19 PM

Screenshot 2022 11 01 at 4.20.25 PM

Screenshot 2022 11 01 at 4.20.31 PM

Tabahlah abang kita bukan senang kan nak jadi tenaga pengajar….

Baca: Wanita Buat Nota Kelas Memandu Dah Macam Nak Jawab ‘Exam’ Raih Perhatian Netizen

Screenshot 2022 11 01 at 4.24.18 PM

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.