in

Datuk Seri Siti Nurhaliza Dedah Bangunan Sekolah Afwa & Aafiyah Di Gaza Telah Musnah Dib*m

sekolah afwa al aafiyah di gaza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tahun lalu, biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Yayasan Nurjiwa telah membangunkan sebuah sekolah kanak-kanak Afwa Al-Afiyah di Gaza untuk kegunaan kanak-kanak di Palestin.

Terkini, Yayasan Nurjiwa menerusi Instagram membuat suatu pengumuman sedih apabila bangunan sekolah berkenaan telah dibom oleh Israel.


sekolah afawa al aafiyah

Artikel Berkaitan: “Walaupun satu kapal dengan…” – Aktivis Sumud Flotilla Perancis Kagum Dengan Toleransi Sukarelawan Malaysia

Artikel Berkaitan: “Kami tidak akan gentar” – Diserang Dron, Aktivis Sumud Flotila Tidak Akan Berundur

Difahamkan, sekolah tersebut selama ini bukan sahaja menjadi tempat pendidikan untuk anak-anak di sana, malah ia juga menjadi tempat perlindungan buat penduduk di Gaza, Palestin.

Meskipun ia musnah dibedil oleh rejim Zionis, namun pihak Yayasan Nurjiwa tetap bertekad untuk terus berdiri bersama rakyat Gaza dan berusaha mencari jalan bagi membina semula harapan yang telah musnah.

Dalam masa yang sama, Yayasan Nurjiwa turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mendoakan dan menyokong usaha-usaha kemanusiaan demi masa depan anak-anak Gaza.

Sumber: Instagram Nurjiwa Foundation 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.