Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akhirnya disahkan pulih sepenuhnya daripada virus COVID 19.
Menerusi postingnya di Facebook, Dr Zulkifli memberitahu berita gembira itu dengan disulami ucapan puji dan syukur kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW yang beliau akhirnya bebas daripada wabak tersebut.
Menurut beliau yang sebelum ini disahkan menghidap virus tersebut pada 5 Oktober lepas, Dr Zulkifli telah dibenarkan keluar daripada wad petang ini.
Namun pada masa yang sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkannya untuk hanya berehat di rumah sehinngga selesai tempoh PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
“Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
“Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja,” katanya.
https://www.facebook.com/654227084641097/posts/3776882709042170/?extid=0&d=n
Menerusi posting itu juga, Dr Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Ahli-ahli Jemaah Menteri, para ulama di seluruh dunia serta rakyat Malaysia yang mendoakannya.
Semoga Dr Zulkifli kembali sihat seperti sediakala. Amin!