in

“Datin memang win!” – Datin Shahida Bersyukur Walaupun Aliff Syukri Ting Tong Tapi Mujur Bukan PU Atau Da’i!

Suami Saya Ting Tong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti semua sedia maklum, isu Da’i Farhan yang sejak minggu lepas viral ni telah meninggalkan impak yang besar kepada netizen dan pasangan yang berumah tangga.



Golongan wanita terutamanya, memang berharap sangat suami mereka ni bukan ‘sejenis’ yang berperangai macam da’i tersebut.

33227999 2066023253654164 7403407996253896704 N
sumber: facebook

 

“Saya bersyukur walaupun suami saya ting tong, tapi suami saya…” 

Betapa terkesannya isu ni sehinggalah isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, membuat pengakuan yang dia bersyukur sangat suami dia ni bukanlah daripada golongan PU mahupun Da’i.

Nah korang tengok video yang viral di Twitter kat bawah, apa Datin Shahida cakap. Mujur Tok Aliff ni bukan PU atau Da’i yang dikejar 18, 19 wanita ye… Geli hati admin! 

 

“Betul, walaupun aku rasa nak lempang laki dia tapi laki dia tak curang” 

Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang diperkatakan Datin Shahida ni kerana mereka akui walaupun sikap Aliff Syukri agak ‘menjengkelkan’ kadang-kadang, tapi mujurlah jutawan kosmetik ni jenis yang sangat menghargai isterinya.

Tak pernah pulakkan kita dengar cerita Aliff ni curang ke atau kaki perempuan walaupun berduit… 

Nganjing
sumber: twitter

 

“Tak payah bagi tips, rumah tangga kita pun huru hara” 

Bukan satu video tu je yang buat min dan netizen lain geli hati, ada lagi satu video yang menunjukkan Aliff ingin memberi nasihat mengenai rumah tangga tapi pantas dihalang isterinya kerana katanya rumah tangga mereka pun masih belum sempurna. 

Malah ramai yang mengaku Datin Shahida ni memang isteri yang terbaik buat Aliff Syukri kerana sikap ‘ting tong’ suaminya tu boleh dikawal kalau ada isteri yang menegur. Betul jugak tu! 

Sabor
sumber: twitter

Apa-apapun kita doakan semoga perkahwinan Datin Shahida dan Datuk Aliff aman-aman je ye! 

Baca: “Saya sayang awak sampai mati” – Akhirnya Berbaik-baik Dengan Isteri, Aliff Syukri Muncul Dengan Lagu Baru

Aliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.