in

“Dari umur bayi sebulan” – Bapa Seksa, Tumbuk, Pulas Serta Patahkan Tangan Dan Kaki Anak 3 Bulan Hingga Mati

Collage 7

Admin tak faham, bayi baru lahir, kerja dorang tidur je. Dorang cuma nangis bila dorang lapar atau sakit. Masalahnya, macam mana orang boleh sanggup dera dan seksa baby baru lahir?

Macam kes yang berlaku di Jakarta Barat, Indonesia ni. Menurut Awani, seorang bapa yang hanya dikenali sebagai MS telah ditahan kerana menyeksa anak kandungnya yang baru berusia tiga bulan hingga meninggal dunia.

Jasad Bayi Yang Diduga Hasil Hubungan Gelap Antara Mahasiswi Dengan Oknum Anggota Kepolisian
Gambar hiasan

Menerusi temubual bersama media tempatan, Ketua Polis Bahagian Kebon Jeruk AKP Erick Sitepu berkata, bapa durjana ini telah mendera bayinya sejak anaknya berusia sebulan setengah lagi. Allahuuu

“Berdasarkan keterangan pelaku, penganiayaan terhadap anaknya bukan dilakukan satu kali sahaja, tetapi ternyata pernah dilakukan pada saat bayi berumur satu setengah bulan, di mana kaki bayi dipatahkan oleh pelaku dan juga punggung.”

Bukan tu saja, lelaki ini akan mendera bayi tersebut setiap kali isterinya meminta dia untuk menjaga mangsa.

“Antara lain, bayi ini digigit tepat di wajah sebelah kiri, ada bekas gigitannya. Juga kemudian dipukul atau ditumbuk tepat di muka, sehingga menyebabkan hancur pada bahagian hidung dan bibirnya pecah.”

Kemudian tangan dan kakinya dipatahkan, ditarik dan dipulas berulang kali. Menurut keterangan suspek, dipulas hingga berbunyi ‘krek’ baru dia berhenti.”

Kalau korang nak tahu, bayi malang ni meninggal dunia pada 27 April lalu ketika suspek menjaganya semasa isterinya ke pasar.

MS memberitahu isterinya, yang anak mereka tersedak susu sebelum meninggal dunia.

Ya Allah, memang kejam betul bapa dia ni. Anak syurga ni akhirnya terlepas dari kekejaman bapanya.

 

Baca: Kesan Koyakan Pada Selaput Dara & Dubur, Bayi 9 Bulan Mati Didera Suami Pengasuh

Screenshot 2019 05 08 At 10.33.42 Am