Pasangan kekasih gelap yang menjalinkan hubungan cinta di pejabat dilihat berakhir di bilik sebuah hotel yang terletak di Kluang, Johor selepas pasangan yang masing-masing berstatus suami dan isteri orang itu ditangkap pegawai dan anggota Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) semalam.
Mereka yang masing-masing berumur 50-an dan 30-an itu telah ditahan dalam operasi pencegahan maksiat kira-kira jam 10 pagi selepas mendaftar masuk di hotel terbabit pada 2 jam sebelum itu.
Artikel berkaitan : Atuk Umur 81 Tahun Dicekup Berkhalwat Dengan Wanita Umur 69 Tahun
Artikel berkaitan : Selingkuh Dengan Isteri Orang, Duda Sembunyi Atas Pendingin Hawa Untuk Elak Dicekup Khalwat
Cover line kata adik angkat lepas dah kantoi
Menurut JAINJ, pintu telah diketuk dan ia dibuka oleh seorang lelaki sebelum menutupnya dengan pantas sebaik sahaja menyedari yang mereka diserbu.
“Penguat kuasa menolak semula pintu sebelum berjaya dibuka. Sebaik memasuki bilik itu, mereka mendapati seorang lelaki memakai T-shirt dan seluar jeans berada di dalamnya, manakala televisyen dipasang terlalu kuat.”
“Penguat kuasa mendapati tingkap bilik terbuka dan lelaki itu dipercayai cuba melarikan diri, namun gagal selepas pihak berkuasa sudah mengawal belakang hotel itu.”
“Semasa pemeriksaan, penguat kuasa mendapati pintu bilik air berkunci dari dalam dan tidak dibuka walaupun diketuk bertalu-talu.”
“Selepas dipujuk oleh lelaki itu, teman wanitanya keluar dengan memakai baju T dan seluar panjang serta bertutup kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika disoal tentang hubungan mereka, lelaki tersebut mendakwa wanita berkenaan adalah adik angkatnya.
“Soal siasat mendapati mereka berasal dari daerah berdekatan dan memilih hotel di Kluang sebagai destinasi berasmara.
“Kedua-duanya mempunyai perbezaan jarak usia 18 tahun dan masing-masing sudah berkahwin serta mempunyai anak.”
“Mereka bekerja di tempat sama dan menyembunyikan hubungan di pejabat daripada pengetahuan rakan sekerja.”
“Ketika ditangkap, lelaki dan wanita masing-masing mengambil cuti tanpa pengetahuan pasangan mereka.”
“Penguat kuasa mendapati keadaan katil dan selimut berselerak manakala terdapat nasi lemak serta kopi yang belum dijamah.”
Mereka ditahan dan direkod keterangan untuk didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Sumber : Berita Harian
