in

Dari Layar Perak ke Dunia Nyata, Pasangan K-Drama Crash Landing On You Umum Bakal Berkahwin

Kahwin Hyun Bin Son Ye Jin Crash Landing On You

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah yang dikatakan sebagai jodoh! Bagi korang yang pernah menonton k-drama yang menjadi hit di Netflix, Crash Landing On You, korang pasti ingat akan pasangan Captain Ri dan Yoon Se-ri kan?

Menerusi perkongsian Hyun Bin di Instagram, dia telah mengumumkan perancangannya untuk berkahwin dengan heroin dalam drama tersebut, Son Ye Jin tidak lama lagi.


https://www.instagram.com/p/CZy8ZH4hVWx/?utm_medium=copy_link

“Hello ini Hyunbin. 

“Buat peminat yang sentiasa menerima saya dengan segala kekurangan dan memberi sokongan dan kasih sayang, saya ingin mengumumkan mengenai keputusan paling penting buat diri saya. Oleh itu saya menulis surat ini. 

“Perkahwinan merupakan sesuatu keputusan yang penting dan saya sudah bersedia untuk memasuki fasa kedua kehidupan. Saya telah berjanji dengan wanita yang sering membuat saya tertawa. Kami akan sentiasa bersama pada masa hadapan. 

“Kami berkenalan sebagai Jeong-hyeok dan Se-ri dalam drama. Dari situ, kami bersama hingga kini. Kami berharap agar sokongan diberikan buat kami berdua,” ringkasan dari tulisannya.

Pada masa yang sama, Son Ye Jin juga menerusi Instagram berkongsikan mengenai hal yang sama kepada peminatnya.

https://www.instagram.com/p/CZy886xvSwG/?utm_medium=copy_link

Ye-jin sebelum ini juga pernah berkongsi di dalam satu sesi temubual rancangan You Quiz On The Block dengan mengatakan bahawa bakal suaminya itu adalah cinta pertamanya.

Cinta saya sekarang ialah cinta pertama saya,” katanya yang merujuk kepada Hyun Bin.

 

Rancang berkahwin pada Mac ini

Info lanjut dari agensi yang menguruskan aktor Hyunbin ini juga memaklumkan bahawa pasangan ini akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada Mac depan.

Majlis ini akan diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat di sebuah tempat di Seoul memandangkan situasi COVID 19 yang dihadapi kini.

Fe2C6978 4E35 11Eb Ad83 255E1243236C Image Hires 134303

Semoga berbahagia! Tak sangka hebat betul penangan Crash Landing On You ni ye. 

Baca: Peminat Terkejut Bintang Kdrama Park Shin Hye Hamil & Bakal Berkahwin Dengan Kekasih Januari 2022

Kahwin

 

Sumber: SCMP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.