in

“Dari 6 angka tinggal 5 ribu” – Atlet Olimpik Dakwa Ibu ‘Rembat’ Wang Kemenangan ‘Senyap-Senyap’

Carlos Yulo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di sebalik kemenangan memperoleh dua pingat emas di acara Olimpik Paris 2024, atlet gimnastik dari Filipina, Carlos Yulo rupanya menyimpan kisah duka yang terbuku selama ini.

Hangat di ruangan media sosial susulan video yang dimuat naik oleh Carlos di TikTok, mendedahkan ibunya Angelica Yulo didakwa telah mengeluarkan duit daripada akaun banknya tanpa sebarang keizinan.


Menurut laporan media, Angelica telah memegang akaun bank Carlos dan dia juga telah merahsiakan tentang wang kemenangan milik Carlos dalam pertandingan yang pernah disertai sejak tahun 2020 lagi.

Artikel berkaitan: Atlet Filipina Jadi Yang Pertama Rangkul Pingat Emas Bagi Wakil Negara Asean Di Sukan Olimpik Paris 2024

Artikel berkaitan: “Tahun paling bermasalah?” – Ini 7 Kontroversi Yang Berlaku Sepanjang Olimpik Paris 2024

Screenshot 2024 08 08 130454

Walaupun Angelica telah menafikan tuduhan tersebut, dia mengaku telah memindahkan wang ke akaun peribadinya konon untuk simpanan masa depan Carlos.

“Kalau saya tak periksa sendiri, saya tak akan tahu yang saya tak pernah menerima wang insentif, dan saya juga tak pernah meminta. Sepatutnya ia berjumlah 6 angka, bukan setakat p70,000 (~RM5.4K),” kata Carlos.

Carlos menyatakan dia sebenarnya tidak kisah dengan wang tersebut, cuma dia mempersoalkan cara ibunya yang secara ‘senyap-senyap’ menguruskan wang itu tanpa persetujuannya.

@carlosedriel

@kulowi ʚ(╹.╹)ɞ

♬ original sound – Carlos Yulo

Hubungan dingin dengan ibu sebab teman wanita

Dalam pengakuan lain, Carlos mendedahkan hubungan mereka sudah lama dingin disebabkan ibunya tidak merestui hubungannya bersama teman wanita.

Dia mendakwa ibunya mengatakan bahawa teman wanitanya, Chloe San Jose hanya ingin mengambil kesempatan terhadapnya.

Susulan itu, dia menegaskan teman wanita dia tidak bersamanya kerana wang yang diraih semata-mata kerana Chloe sendiri mempunyai pendapatan dan sedia membantunya ketika dalam keadaan sukar.

454318150 8321398427910861 152 2794 3115 1723006958

 

Carlos bagaimanapun telah memaafkan ibunya dan berharap keluarganya boleh berubah dan hidup dengan tenang di Filipina.

Dalam perkembangan terbaharu, Angelica menerusi satu sidang media khas telah membuat permohonan maaf kepada Carlos dan berharap sengketa yang tercetus diselesaikan secara tertutup.

Terdahulu, Angelica dikritik netizen kerana memuat naik gambar bersama atlet Jepun yang turut bersaing di Sukan Olimpik Paris tetapi tidak berkongsi atau mengucapkan tahniah kepada Carlos apabila anaknya meraih pingat emas.

Sumber: Manila Times, Filipino Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.