Pada awal 2000-an, di Malaysia terdapat banyak program realiti TV nyanyian yang mencungkil bakat-bakat baru dan ramai di antara mereka kini menjadi nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan.
Antara yang mencipta fenomena pada ketika itu ialah Akademi Fantasia (AF), rancangan yang ditayangkan di Astro itu membuatkan ramai yang ‘melekat’ di kaca tv dek kerana persembahan peserta serta drama yang dipaparkan.
Artikel berkaitan: “Banyak kami Afundi dulu!” – Netizen Teruja Lihat Anak ‘Throwback’ Gambar Mas AF Masa Muda
Artikel berkaitan: 5 Sebab Mengapa Akademi Fantasia 5 Paling Menggamit Memori Antara Semua
Terbaru, pengacara ‘lejen’ Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil memuat naik satu video di TikTok miliknya yang memaparkan bekas-bekas pelajar AF dikumpulkan di sebuah kedai makan.
@datukaznilnawawi Nantikan Paknil bersama2 Bekas2 Pelajar Akademi Fantasia tidak lama lagi!!! Di lokasi yang Grand dan pertemuan berskala besar!! Sila komen kenangan anda. Musim AF mana yg anda aktif sebagai penonton dan pengundi?
Dalam video itu, Pak Nil memberi bayangan seakan bakal menganjurkan satu reunion yang menampilkan kesemua bekas pelajar AF dalam satu pertemuan mega.
“Hari ini Pak Nil gabungkan wakil dari setiap musim, mereka bakal menguruskan satu pertemuan untuk semua pelajar AF dari 2003 hingga 2016.
Akan ada pertemuan mega yang bakal berlaku tidak lama lagi,” katanya.
Dapat dilihat dalam video berkenaan bekas pelajar seperti Zahid, Farhan, Stacy, Akim serta ramai lagi bersama bagi perancangan mega itu.
Apa agaknya rancangan itu ya? Tak sabar!
Sumber: TikTok