in

“Darah berlumuran di tangga asrama”- Akibat Salah Faham, Pelajar Tingkatan 3 Ditendang Rakan Sampai Patah Rahang

Aa 8

Kes buli di sekolah dilihat seakan tiada jalan penyelesaian. Sehingaa ke hari ini, kes buli masih berlaku, malah apa yang membimbangkan sehingga ada yang melibatkan kematian.

Kali ini seorang pelajar tingkatan 3 pula menjadi mangsa selepas ditendang oleh pelajar lain sehingga patah bahagian rahang selepas akibat berlakunya salah faham.

Kejadian dilaporkan terjadi di dewan makan sebuah sekolah agama persendirian Di Alor Setar, Kedah. Mangsa, Muhamad Shukur Mohamad Sobri mengalami bengkak di bahagian kiri muka selain rahang mulutnya patah dan trauma dengan kejadian itu.

A2 4

 

Darah berlumuran di tangga asrama

Menurut mangsa, kejadian berlaku pada jam 12 tengah malam Ahad lalu ketika dia bersama adik lelakinya, Muhamad Fitri, 13, pergi ke dewan makan untuk mengambil makanan.

Katanya, ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba seorang pelajar datang ke arahnya lalu menendang dengan kuat menyebabkan terkena pipi kirinya. Kemudian sebaik mengangkat kepala, mulutnya berdarah dan rahangnya terasa sakit.

A1 2 2

Adik mangsa melihat sendiri pelajar itu menendang abangnya sehingga mulutnya berdarah dan membawa abangnya ke sinki untuk membersihkan darah itu.

“Selepas ditendang, kelihatan banyak darah berlumuran di tangga asrama, sehinggalah ke longkang belakang sekolah,”

 

“Ini bukan kali pertama. Saya hanya serahkan pada pihak polis” – Bapa mangsa

Bapa mangsa, Mohamad Sobri Abdul Manaf, 46, berkata, ini bukan kali pertama anaknya diperlakukan seperti malah sebelum ini dia pernah dipukul cuma tidak cedera.

“Ini bukan kali pertama, ini sudah termasuk dua kali. Saya rasa lebih baik perkara macam ni saya serah kepada pihak kerajaan ataupun anggota polis, supaya jadi pengajaran dan iktibar di hari akan datang,”

A 4

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, setakat ini satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Namun tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini, lapor Astro Awani.

 

Baca: “Asal biadap sangat!”– [VIDEO] Netizen Bengang Tengok Sekumpulan Remaja Buli Warga Emas, Siap Acah Nak Tendang Lagi

A3 1 1

Sumber: Youtube
Sumber: Astro Awani