in

“Asal biadap sangat!”– [VIDEO] Netizen Bengang Tengok Sekumpulan Remaja Buli Warga Emas, Siap Acah Nak Tendang Lagi

Dd 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti sedih kan kalau tengok orang kena buli? Rasa tak sampai hati tengok mangsa kena pukul dan menanggung kesakitan.



Apa yang menyedihkan lagi apabila melihat orang yang dibuli itu adalah seorang wanita warga emas.

Itulah keadaan yang berlaku dalam satu video yang tular di media sosial semalam.

Video yang berdurasi 29 saat itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @MyCrimeWatch itu menunjukkan seorang wanita warga emas diganggu oleh sekumpulan remaja lelaki.

Remaja lelaki tersebut dilihat bertindak untuk mengacah membaling objek dan menendang wanita tersebut.

Mangsa yang diganggu juga bertindak untuk mempertahankan diri dengan melibas-libas payung ke arah remaja tersebut dan kemudiannya terus lari ke dalam kawasan semak yang gelap.

Berdasarkan perbualan dalam video, kejadian yang berlaku pada waktu malam itu dipercayai berlaku di daerah Pantai Timur.

Netizen turut mengkritik remaja lelaki tersebut dan meninggalkan pelbagai komen di media sosial.

D D1 D2 D3

 

Tak elok tau buat orang tua macam tu. Ingat kalau kita tua nanti pun kita taknak kena macam ni kan? Kesian tengok nenek ni.

Baca: Gadis Dibuli Budak Sekolah Lain Trauma Lepas Video Viral, Ditendang, Dipaksa Cium Kaki 10 Kali

D4

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.