“Dapatkan straight A dulu baru saya ajak date” – Lelaki Tergamam Bila Lihat Result SPM Wanita Itu Betul-Betul Terjadi

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Macam orang selalu cakap janji harus ditepati, kalau tak mampu jangan berjanji. Ragam manusia ni lain macam sikit, kadang-kadang syarat pelik-pelik yang ditetapkan tu dia sanggup buat.

Sedangkan 7 dulang hati nyamuk pun ada yang sanggup nak buat apatah lagi dapat straight A’s dalam peperiksan SPM.

 

Dapatkan straight A’s dulu baru saya ajak date

Pada mulanya pemuda ini hanya main-main je bila ada remaja perempuan ni bergurau ajak date, dia menetapkan kalau ingin keluar bersamanya kena pastikan dapat semua A dalam  peperiksaan SPM.

“This girl is so unbelievable! Aku pernah cakap dengan dia kalau nak date dengan aku kena dapatkan straight As for SPM. And dia betul betul dapat weh”

Sekali haa, memang dapat betul-betul semua A! Terus terkedu lelaki ni dibuatnya, tapi korang jangan salah anggap sebenarnya gadis tu bukanlah nak dapatkan result cemerlang sebegitu semata-mata nak date dengan lelaki ni pun.

Difahamkan, sewaktu pemuda ni letakkan syarat, gadis tu dah habis jawab exam dah pun.

 

“Dia betul betul dapat weh”

“Jangan salah faham. Dia dapat straight As bukan sebab nak date. Lagipun tweet tu tahun ni jugak which means dia dah lepas jawab spm. Kalau result dia bagus, barulah aku boleh ajak date ha gituuu  instead of being bitter why don’t u congratulate her :)”

Tambah lagi, difahamkan yang gadis tu sebenarnya dah ada teman lelaki dah pun. Jadi, memandangkan janji harus ditunaikan lelaki ini berhasrat nak date dengan dia dan teman lelakinya sekali.

Korang janganlah salah anggap benda ni jadi secara kebetulan je, daripada kecam apa kata ucapkan tahniah pada adik ini.

Oh ya, admin nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang dah dapat keputusan SPM semalam, siapa yang keputusan tak memberangsangkan jangan risau, peluang korang pasti cerah kalau ada usaha.

 

Baca : Anak-anak Melayu.. Syabas!” – Naik Motor Dan Buat Kacau, Rupanya Ini Cara Pelajar Raikan Tamat SPM!

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.