in

“Dapatkan fakta sahih” – Tuduh Fasha Sandha Langsing Sebab Bariatrik, Wanita Buat Permohonan Maaf

Maaf Maaf Fasha Sandha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita dengar mengenai pembedahan bariatrik yang dilakukan oleh sesetengah individu kononnya bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal. Golongan artis juga tak terkecuali melakukan pembedahan ini.


Walau bagaimanapun, berhati-hatilah dalam membuat tuduhan yang semua artis itu kurus sebab buat bariatrik kerana baru-baru ini pelakon, Fasha Sandha telah meluahkan rasa kesalnya selepas dituduh melakukan pembedahan tersebut ekoran penurunan berat badannya yang ketara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Buatlah research dan kajian sebelum buat tuduhan” 

Menerusi perkongsian Fasha di Instagram, dia telah menegur tindakan seorang pengikutnya yang mendakwa seorang kenalannya yang juga jururawat telah memaklumkan bahawa aktres tersebut ada membuat pembedahan bariatrik sebagai cara untuk mendapatkan badan yang langsing dengan segera.

Ekoran fitnah berkenaan, Fasha telah mendedahkan perbualan mesej indvidu itu di IG dan meminta wanita berkenaan membuat permohonan maaf atau menampilkan bukti kepadanya dalam tempoh 24 jam.

Gg 1

Menurut Fasha, dia mengambil masa enam bulan untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Sebaiknya buatlah research dan kajian sebelum buat tuduhan dan andaian.

“Kepada penulis ni, atau siapa yang berkaitan dengan penulisan komen ni saya bagi masa 24 jam untuk tampilkan bukti atau buat permohonan maaf secara terbuka.

“Misi mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu sy 3 tahun lalu, alih2 buat cerita sy buat bariatic,” katanya.

Fasha dalam masa yang sama mendedahkan yang ibunya pernah menjalani pembedahan berkenaan pada 3 tahun lalu disebabkan masalah berat badan berlebihan, tekanan darah tinggi dan masalah sakit lutut kronik.

Gg

“Jangan sedap-sedap nak mengata artis” 

Susulan teguran itu, Fasha menerusi satu lagi posting IG memberitahu wanita berkenaan sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon itu atas dakwaannya sebelum ini.

Fasha memaklumkan dia menerima permohonan maaf berkenaan dan berharap ia menjadi pengajaran buat pengguna media sosial lain sebelum membuat sebarang tuduhan di media sosial.

Maaf

Selepas tiga jam, permohonan maaf terbuka. Saya maafkan hanya untuk kali ini dan semoga dapat dijadikan iktibar. 

“Agar tidak berlaku pada orang lain, terhadap artis lain juga. Dapatkan fakta sahih sebelum komen. Dapatkan fakta sahih, sebelum komen.

“Jangan sedap-sedap nak mengata artis atau sesiapapun. Jangan sesekali menyalahgunakan sosial media. Negara ada undang-undang,” katanya.

Apa-apapun diharapkan isu ini menjadi pengajaran buat semua untuk tidak menuduh orang sesuka hati. Siasat dulu sebelum sebarkan. 

Baca: “Tak ada siapa mahu kemalangan ini terjadi” –  Azhan Rani Doakan Fasha Sandha Cepat Sembuh

Azhan Fasha

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.