Pasti ramai yang sudah tahu mengenai pelakon, Fasha Sandha yang baru-baru ini dimasukkan ke hospital akibat tercedera selepas terjatuh ketika berada di set penggambaran sebuah drama.
Susulan kejadian itu, Azhan Rani telah tampil untuk menjawab segala spekulasi yang berlaku terhadap heroin gandingannya di dalam telemovie tersebut.
https://www.instagram.com/p/CpRpcPXrBrs/
Menerusi hantaran yang dimuat naik ke akaun Instagram rasminya, Azhan memberitahu tiada sesiapa pun di antara mereka yang mahukan kemalangan itu terjadi.
Azhan turut menjelaskan bahawa, pihak produksi telah sedaya upaya mengelakkan kecederaan dengan mengadakan rehearsal beberapa kali sebelum melakukan penggambaran.
Difahamkan, aksi tersebut telahpun dilakukan dengan separuh tenaga sahaja seperti yang diarahkan namun, tiada siapa yang menyangka bahawa insiden itu boleh berlaku.
“Tak ada siapa yang mahukan kemalangan macam ni terjadi, seperti kata tuan punya diri dan pihak produksi masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan.”
“Reherasal sudah dilakukan. Aksi yang diarahkan dibuat separuh tenaga untuk kamera. Segalanya hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis itulah suratan. SIapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini,” tulisnya.
Di samping itu, Azhan turut meminta peminat mendoakan dan berharap agar Fasha menerima rawatan yang terbaik di hospital serta cepat sembuh.
Terdahulu ada rakan artis mendakwa Azhan terlalu menjiwai watak sehingga menyebabkan kemalangan tersebut berlaku semasa berada di set penggambaran.
https://www.instagram.com/p/CpRXLlYJMW3/
Dah benda nak jadi kan… Semoga Fasha cepat sembuh!
Baca : “Tulang mata kiri patah” – Fasha Sandha Masuk Hospital, Cedera Di Set Penggambaran