in

Dapat Jemputan Ke Konsert Terakhir Noraniza Idris, Ini Respon TokTi…

Ft Tokti Kak Ani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Digelar Ratu Irama Malaysia, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Dikir Puteri, Noraniza Idris bakal melangsungkan konsert terakhirnya pada Oktober ini di Panggung Sari, Istana Budaya.


Oleh sebab itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ani meluahkan hasrat untuk menjemput penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza ke konsertnya yang dinamakan Malai Solo itu, lapor Astro Awani.

 

“Saya nak jemput dia datang sebagai tetamu VIP.”

Kak Ani2

Kata Kak Ani lagu, konsert tersebut menelan belanja hampir RM2.5 juta dan ia akan berlangsung selama 3 hari, ia juga melibatkan festival seni yang turut diadakan di lokasi yang sama.

Berbalik kepada cerita mengenai Tok Ti, Kak Ani meluahkan rasa sebak apabila melihat insiden Tok Ti menangis di Mekah dan menurutnya, dia sentiasa mendoakan kejayaan TokTi.

Kak Ani

“Saya sebenarnya nak komen pada ruangan TikTok dia tapi tak boleh sebab dah penuh dengan komen peminat. Tapi saya cari jalan jugak macam mana saya nak komen tu.”

“Tengok video Siti menangis tu, sedih sangat, sayu sebab saya pernah melalui situasi yang sama, merasai pengalaman berada di sana. Nak-nak dia sebagai penyanyi nombor satu di Malaysia, so dia tiada privacy.”

“Dekat sana dia jadi diri dia. Jadi saya faham dan sebak, itu yang saya nak sampaikan sesuatu pada dia, saya mendoakan dia sampai sekarang. Dia dapat capai apa yang dia inginkan, Alhamdulillah dia dah berjaya.”

Insyaallah, saya datang – TokTi

Tokti2 1

Berikutan itu, Astro Awani berjaya mendapatkan respon daripada Tok Ti, ternyata penyanyi lagu Cindai itu memberikan maklum balas positif terhadap perlawaan Kak Ani itu.

Kata Tok Ti, tiada masalah buat dirinya untuk hadir ke konsert tersebut seandainya tiada sebarang halangan dan keadaan mengizinkan.

Tokti

“Siti berterima kasih dan bersyukur dengan niat murni, ingatan dan juga doa Kak Ani (Noraniza) semasa Siti di Mekah tempoh hari.”

“Bagi Siti, sekiranya tidak ada apa-apa halangan, Insya-Allah Siti hadir sebagai tetamu, tiada masalah.”

Malah, penyanyi nombor satu negara juga menitipkan doa agar segala urusan dan perancangan Noraniza untuk mengadakan konsert dipermudahkan.

“Cuma harapan Siti ialah janganlah Kak Ani berhenti menyanyi. Siti rasa ramai orang sangat menghargai Kak Ani sebagai pejuang lagu-lagu irama tradisional.”

“Tapi Siti faham masing-masing ada matlamat dalam kehidupan dan kerjaya. Apapun, Siti doakan yang terbaik buat Kak Ani.”

Untuk rekod, TokTi dan Kak Ani pernah jadi rakan duet dalam lagu irama tradisional Hati Kama dan Dondang Dendang menerusi album Seri Balas pada tahun 1999.

Hubungan kedua-dua penyanyi ini disifatkan sebagai ‘dingin’ dan seringkali menjadi tumpuan peminat industri muzik sejak lebih sedekad lalu.

Namun begitu masing-masing bersikap profesional, mereka berdua adalah penyanyi tempatan yang komited memperjuangkan irama muzik tradisional sejak 2 dekad lalu ketika menjadi anak didik Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

Baca : “Tak simpan dendam” – Perang Michael Ang Dengan Noraniza Idris Berakhir Dengan Aman

Ft Mike

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.