in

“Tak simpan dendam” – Perang Michael Ang Dengan Noraniza Idris Berakhir Dengan Aman

Ft Mike

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah mengenai hubungan tegang Noraniza Idris yang mesra disapa Kak Ani dengan pengarah Michael Ang bukanlah satu rahsia lagi.


Sungguhpun kedua-duanya dikatakan tidak mengenali antara satu sama lain, mereka dipercayai berselisih faham apabila Michael dilihat lantang mengulas mengenai persembahan Noraniza Idris ketika menyertai Gegar Vaganza (GV).

Namun, Ahad lalu di pentas Anugerah Meletop Era (AME) 2020 selain pasangan merpati dua sejoli Kamal Adli dan Uqasha Senrose, Noraniza Idris serta pengarah Michael Ang turut menjadi tumpuan ramai.

 

Capture 1 14

 

Tidak simpan dendam

Walaupun mengakui terasa hati dengan kata-kata Michael Ang, Kak Ani masih dilihat mesra bergambar bersama pengarah itu.

Kedua-dua mereka juga dikatakan memohon maaf di atas perkara yang berlaku ketika ditemui semasa siaran langsung dan sidang akhbar AME2020 sejurus selepas itu.

Michael mengaku tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertemu dengan penyanyi itu selain menjelaskan pendapat yang dimuat naik di akaun Twitternya hanyalah sebagai peminat program realiti.

“Saya tak ada masalah untuk bertemu dengan Kak Ani (Noraniza) dan nak minta maaf kepada Kak Ani, mungkin cara saya kasar dan kelihatan agak personal.

“Tetapi apabila saya meluahkan pendapat di Twitter, ia adalah luahan jujur sebagai seorang peminat program realiti dan bukannya sebagai rakan seindustri.

Capture 2 8

 

Menurut Michael lagi, dia bagaimanapun akan terus berkongsikan pandangan jujurnya pada masa akan datang.

 

Nak kenali Michael dengan lebih dekat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Noraniza Idris baru-baru ini, dia ada menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan pengarah itu.

Namun pertemuan itu tidak lain hanyalah untuk mengenali Michael dengan lebih dekat serta mengambil kesempatan untuk membuat permohonan maaf bagi pihak peminatnya lapor Sinar Plus.

“Saya nak jumpa Mike (Michael) sebab nak lihat orangnya bagaimana. Ada orang kita tengok dia lantang berkata-kata tapi hatinya tidak begitu seperti Azwan Ali.

“Bila saya jumpa Mike, ternyata orangnya baik.  Jadi saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Michael atas segala apa yang berlaku sebelum ini.

“Saya juga sudah menegur peminat saya mengenai perkara ini dan pastikan mereka  mengawal tutur kata serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sensitif seperti isu rasis,”

 

Capture 3 9

Konflik di antara kedua mereka dikatakan bermula apabila Michael Ang sering memberi kritikan pedas terhadap penyanyi itu di akaun Twitternya.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila terdapat individu yang menyentuh status mualaf Michael yang dianggap sensitif untuk dipersoalkan.

Harap-harapnya kedua-dua mereka berbaiklah, dan buat individu dekat luar sana janganlah sampai sentuh isu agama dan bangsa, itukan perkara sensitif…

Baca : Dia seperti nak saya jatuh Noraniza Idris Memberontak Lepas Dikritik Michael Ang

Capture 17 8

Sumber: Sinar Plus
Sumber: Sinar Plus
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.