in

Dapat Hadiah Mi Segera Perisa Daging Babi, Program Derma Darah Di Johor Disiasat Polis

Derma Darah Mi Segera Perisa Babi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Program derma darah sering diadakan di pusat beli-belah dan institusi kesihatan, tujuan utamanya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia.



Kebiasaanya, mereka yang menderma darah akan diberikan token atau cenderahati daripada pihak  penganjur yang boleh jadi daripada kementerian kesihatan ataupun daripada institusi kesihatan swasta.

Untitled Design 2022 06 28T105550.415

Pun begitu, menerusi laporan Berita Harian baru-baru ini terdapat sebuah laporan polis daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di mana terdapat badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan hadiah mi segera berperisa daging babi ketika program derma darah.

“Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

Siasatan awal mendapati, satu program derma darah anjuran bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam,” kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah.

Laporan diterima pihak polis susulan beberapa individu beragama Islam mendapati terdapat mi segera berperisa babi yang diletakkan dalam beg cenderahati selepas menderma darah.

Katanya lagi, beberapa individu yang terbabit telah dipanggil dan beberapa rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang berhadapan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.

Baca: Viral ‘Sotong Ring Frozen’ Dibuat Dari Dubur Babi, Ini Penjelasan KPDNHEP…

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.