in

“Danish, baik dan matangnya kamu” –Suka Bantu Asnaf, Netizen Puji Usaha Chef Cilik Ini

Feature 2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesetengah remaja yang baru berusia 13 tahun selalunya baru nak mengenali dunia. Namun, ternyata buat chef cilik yang baru meniti usia remaja ini, dia sudah mampu untuk membantu orang yang memerlukan di sekelilingnya.


Chef cilik, Danish Harraz sememangnya terkenal dengan sifatnya yang pemurah. Baru-baru ini, Danish sekali lagi mendapat pujian netizen terutamanya di Twitter  sebab dia telah membantu keluarga asnaf. Wow, memang perlu dijadikan teladan ni!

Chef 6

 

Dia yang juga aktif menjalankan perniagaan kek telah berkongsi gambar keadaan rumah keluarga asnaf yang pernah diziarahinya.

Chef 2

 

Usaha yang telah dilakukan oleh Danish ini telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya telah memuji perbuatan chef cilik ini sebab bukan semua mampu untuk membantu golongan yang memerlukan.

Chef 3

Ada juga yang mahu ibu bapa Danish berkongsi parenting skills sebab mahukan anak-anak mereka membuat perkara yang sama apabila melihat Danish sering membuat kebaikan. Betul lah kata orang, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?

Chef 7

Ada juga yang mendoakan agar remaja ini akan sentiasa merendah diri dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang susah dan memerlukan.

Selain itu, netizen lain pula mahu chef cilik ini agar sentiasa menjadi inspirasi kepada orang dewasa di luar sana.

Ada juga yang berminat untuk sama-sama menyertainya dalam usaha membantu golongan susah di sekitar Malaysia.

Bagus betul Danish ni kan? 

Baca: Kenali Chef Cilik Danish Harraz, Muda-muda Dah Buat Kempen Bantu Anak Miskin Dan Sponsor Keperluan Sekolah 

Chef 1

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.