in

Dalam Masa Seminit Je, Wanita Berusia 40 Tahun Ini Telah Dijangkiti Virus Covid-19 Masa Naik Lif

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 40 tahun baru je disahkan menghidap Covid-19 lepas dia naik lif yang sama dengan pesakit yang dah dijangkiti virus ini.


Menurut Oriental Daily, insiden ini berlaku di Korea Selatan yang setakat ini dah mempunyai kes terkini sebanyak 6,284 dan 40 kematian dilaporkan,

Wanita yang bekerja dalam sektor kerajaan di Seongdong-gu, Seoul ini dipercayai telah berjangkit semasa menaiki lif bersama orang dijangkiti selama satu minit dan kedua-dua mereka tak pakai topeng muka!

China Elevator 2 768X576 1

Choi Jae-wook, presiden Persatuan Perubatan Korea mengatakan, ruang lif yang sempit menyukarkan orang untuk berada pada jarak selamat iaitu lebih dari dua meter dan sangat mudah dijangkiti melalui renjisan udara atau dari butang lif.

B034Bf00Dfdb036Adb9663Fcd74D07A2 768X404 1

Sebab tu, sangat penting untuk korang semua lebih berhati-hati bila menaiki lif dan elakkan dari menekan butang lif menggunakan jari. Lepastu, lepas keluar lif cepat-cepat basuh tangan dengan air dan sabun.

Be careful gaissss

 

Baca: “Pengotor betul!” – Polis Buru Individu ‘Tinggalkan’ Air Liur & Kahak Pada Butang Lif LRT

Screenshot 2020 03 06 At 4.05.07 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.