in

“Dalam kuarantin pun kena buat PC” – Dr Noor Hisham Bakal Buat Sidang Media Maya 5.30 Petang Ini, LIVE Dari Rumah

Live

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat pertama kalinya semenjak kes COVID 19 melanda Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan membuat sidang akhbar harian COVID 19 secara maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Menurut Sinar Harian, perkara ini berikutan Noor Hisham kini sedang menjalani tempoh kuarantin selepas mempunyai kontak rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang positif COVID 19 semalam. 

Noor Hisham Abdullah 12 Compressed Final

Sidang media itu katanya akan dipancarkan khas secara LIVE dari kediamannya tepat jam 5.30 petang nanti. 

Malah ini juga merupakan kali pertama sidang media diadakan tanpa kehadiran pihak media.

Sebelum ini, pihak KKM dijadualkan mengadakan sidang akhbar setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu selepas angka kes baharu positif COVID 19 kian meningkat sejak akhir-akhir ini.

Selain Dr Noor Hisham, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga menteri Kabinet lain sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri di rumah selepas hadir Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara pada Sabtu lalu yang dihadir Dr Zulkifli.

Stay tuned kat Facebook KKM ye gais pukul 5.30 ni! 

Baca: [TERKINI] Pecah Rekod Kes Tertinggi Lagi! 432 Kes Baru Covid-19 Dilaporkan Hari Ini!

Noor Hisham Abdullah2 03072020 1

Sumber: Code Blue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.