Amah atau pembantu rumah merupakan individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan membantu memudahkan kerja-kerja rumah.
Di Malaysia, ramai yang memilih pekerja dari Indonesia, Thailand serta Filipina sebagai amah di rumah mereka.
Terbaru, seorang wanita difahamkan telah membuat laporan polis selepas kecewa pembantu rumahnya memukul dan menghayun bayi perempuannya yang berusia dua bulan dan perbuatannya itu dirakamkan dalam kamera lita tertutup (CCTV).
Untuk video penuh klik di sini.
Menerusi Twitter @amyranadyaa miliknya, wanita berkenaan menceritakan dia terdengar bunyi kuat dari bilik anaknya itu lalu dia terus ke bilik berkenaan dan amahnya itu pura-pura sedang mendodoikan bayi itu.
“Ada lagi video sebelum tu dia dodoi baby laju-laju like seriously laju gila tapi tak sempat record. Ni pun husband I terdetik nak record sebab entahlah kuasa Allah kan nak tunjuk perangai sebenar dia,” tulisnya.
Menurut laporan Kosmo!, difahamkan wanita itu sudahpun membuat laporan polis berkenaan isu itu dan amah itu juga telah dibuang kerja serta-merta.
Selain itu, wanita berkenaan menceritakan dia tidak pernah meninggalkan anaknya itu di rumah berseorangan dengan amahnya kerana dia menjalankan perniagaan secara online dari rumah.
Dia juga memberitahu dia telah menyerahkan perkara itu kepada ejen perkhidmatan pembantu rumah tersebut untuk tindakan lanjut.
Baca: “Baru ambik pukul 10 tadi” – Pembantu Rumah Sharifah Zarina Larikan Diri Sampai Panjat Tembok