in

“Nak saya buat apa?” – Ibu Bengang Cara Staf Respon Lepas Anak Tercekik Dawai 1cm Ketika Makan Bihun Di Gerai

Ft Tercekik Dawai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian berlaku di sebuah gerai makanan di Punggol, Singapura baru-baru ini selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun didakwa tercekik dawai halus sepanjang 1cm ketika sedang makan bihun.

Insiden itu dikongsikan sendiri oleh ibu kanak-kanak tersebut menerusi Facebook group di Singapura dan ia menarik perhatian netizen.


Artikel berkaitan : Lagi Kes Makan Makanan Beracun, Kali Ini Remaja 13 Tahun Nyaris Maut Termakan Biskut Dicampur Racun

Artikel berkaitan : “Dah makan nak habis sebatang” – Individu Temui Katak M*ti Dalam Lemang

Staf bagi respon acuh tak acuh

Menurut ibu kanak-kanak itu, mereka sekeluarga sedang makan malam di kedai makan tersebut dan anak bongsunya tiba-tiba berkata tekaknya sakit.

Si bapa segera memeriksa dan mengeluarkan makanan daripada mulutnya, tetapi budak itu masih mengadu kesakitan.

Si ibu pula kemudiannya memutuskan untuk memiringkan kepala budak itu dan melihat ada aluminium sepanjang 1cm di dalam kerongkongnya dan segera menggesa anakya itu meluahkannya.

Ketika bapanya mengadu kepada pekerja wanita tentang kejadian itu, staf itu hanya menjawab,

“Habis tu nak saya buat apa?”.

Screenshot 2024 07 19 130331

Geram dengan sikap pekerja, ibu itu berkata bahawa mereka sekeluarga tidak akan makan malam di kedai itu lagi

Susulan insiden itu tular, sumber ada menghubungi kedai makan itu, di mana kakitangannya berkata bahawa dia bercadang untuk memulangkan bayaran kepada keluarga mangsa dan memastikan kerja dapur diperbaiki.

Screenshot 2024 07 19 130346

Mengenai untaian aluminium itu, dia berkata bahawa dia biasanya menggunakan berus sental logam selepas memasak.

Bagaimanapun, ibu mangsa memberitahu sumber bahawa keluarga itu tidak berminat dengan wang dan kecewa dengan sikap kakitangan tersebut.

Sumber : WORLD OF BUZZ, Shin Min Daily News 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.