in

Dakwaan Meminta TS Muhyiddin Bubar Dewan Rakyat Bagi UMNO & BN Palsu – DS Ismail Sabri

Dsis4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah tangkap layar perbualan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri akan meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Dewan Rakyat bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah tular di internet namun sejauh manakah kebenarannya?



Hari ini, beliau sendiri telah menafikan hal berkenaan.

Kata pegawai beliau kepada Astro Awani, paparan perbualan tersebut adalah rekaan dan ianya palsu.

Ia direka untuk menjatuhkan imej Ahli Parlimen Bera dan merupakan cubaan menimbulkan rasa marah rakyat kepada UMNO dan BN.

Tambahnya,

UMNO dan kepimpinan tidak setuju (diadakan) PRU (Pilihan Raya Umum) dalam keadaan penularan COVID-19. Itu bukan perbualan DSIS (Ismail Sabri).”

 

Ini adalah paparan tersebut.

Dsis

Dalam perbualan itu, DS Ismail Sabri seolah-olah meminta persetujuan Ketua-ketua UMNO Bahagian mengenai cadangan pembubaran itu, dan kembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan seterusnya.

Tak pasti jangan share!

 

Baca : “Ni lah bahaya berita palsu” – Percaya Fake News, 36 Warga Iran Mati Akibat Keracunan Alkohol Sebab Nak Elak Covid-19

Dsis5

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.