Seorang duda warga emas memberikan alasan tidak sihat dan dijaga gadis berumur lingkungan 20-an ketika ditangkap khalwat dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Johor Bahru.
Menurut Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), serbuan dilakukan pada jam 2.15 pagi pada Selasa, selepas menerima aduan orang awam.
“Hasil semakan kad pengenalan lelaki ini berumur 60-an, seorang duda, mempunyai cucu dan seorang pekebun. Wanita pula berumur 20-an, dalam sistem dan atas kertas masih anak dara dan bekerja di Johor Bahru.
“Dia berasal dari utara dan berhijrah kerana bekerja di sini. Hasil pemeriksaan di rumah yang mempunyai tiga bilik ini mengesahkan hanya mereka berdua sahaja dalam rumah.”
Artikel berkaitan: “Test drive sebelum nikah?” – Pasangan Tunang Dicekup JAINJ, Lelaki Ditemui Menyorok Bawah Meja
Artikel berkaitan: Gagal Tunjuk Bukti Suami Isteri, Lelaki Ditangkap Khalwat Pakai Baju ‘Doraemon’

Ketika disoal siasat, duda itu mendakwa mengalami sakit dua serangkai yang ada kalanya boleh pitam serta gelap mata dan gadis tersebut datang untuk merawat serta menjaganya kerana bimbang duduk seorang diri dalam keadaan tidak sihat.
Bagaimanapun, penipuan itu terbongkar apabila JAINJ mendedahkan bahawa pihaknya mendapat maklumat duda terbabit sanggup memandu lebih 50 kilometer untuk menjemput wanita berkenaan.
“Keesokannya pula pergi menghantarnya pulang ke rumah sewa (gadis itu). Kalaulah sakit, mana mungkin dia boleh memandu dalam kegelapan malam dengan hujan lebat,” jelas kenyataan itu.
Tambah JAINJ, pasangan tersebut mendakwa memang ada perancangan untuk bernikah namun mendakwa masyarakat sukar menerima hubungan mereka kerana perbezaan umur.
Sumber: Harian Metro
