Dalam melaksanakan ibadah korban, terdapat banyak perkara yang kita perlu tahu supaya tiada keraguan semasa melakukan ibadah. Salah satunya adalah mengetahui tentang berkaitan pembahagian daging korban.
Tular di media sosial sejak semalam mengenai seorang makcik yang menyertai ibadah korban meluahkan rasa tidak puas hati dengan isu pembahagian daging korban yang dilakukan oleh sebuah masjid di Sungai Petani.
Menerusi tangkap layar mesej perbualan yang tular itu, makcik terbabit meminta bahagian daging lembu yang lain walaupun sudah dimaklumkan tentang pembahagian daging dalam ibadah korban.
Artikel berkaitan: “Ada yang pandai-pandai pilih, siap sorok daging” – Ramai Anggap Remeh, Tak Sedar Haram Hukumnya ‘Curi’ Daging Korban
Bukan itu sahaja, makcik terbabit turut mengkritik cara kerja dengan mendakwa pembahagian daging-daging korban itu dianggap tidak adil.
“Ni mak cik nak habaq mak cik nak kaki, nak perut, nak hati, nak paru. Kelmarin kata dalam resit tulis nak daging saja. Hari ini mak cik tulis semua.
“Kalau tak bagi 1 helai bulu pun mak cik tak halalkan. Bukan berkira tapi tegas pada golongan faham agama. Cakap lain buat lain,” katanya kepada pihak masjid.
“Korban ni kita nak bagi manfaat kepada orang”
Sebagai respon terhadap permintaan makcik tersebut, Ustaz Yaakub Yusra, salah seorang AJK masjid memberi penjelasan mengenai isu terbabit.
Kata Ustaz Yaakub, setiap peserta perlulah maklum mengenai niat asal dalam mengerjakan ibadah korban dan pembahagian daging korban juga sudah dimaklumkan dalam akad.
“Dalam akad kita sudah maklum, 1/3 diberikan kepada penama manakala 2/3 diberikan kepada orang ramai. Ingat kami jual kat market ka?
“Maka tuan-tuan, kami minta team kami ganti balik, telinga lembu kami bagi balik kat dia, kami bukan nak buat untung..lepas ni dalam akad tengok bagi elok,” katanya.
@yaakubyusra Replying to @mohdazainiabdullah iyaa semua ikhlas datang membantu,nak harap kan team madad semua kami pon belajar-belajar lagi#murtadhadakwahcentre #korban #madad
Perkongsian mengenai isu agihan daging korban itu telah meraih pelbagai reaksi netizen, rata-rata mempertikaikan tindakan meminta bahagian lebih daripada yang ditetapkan oleh syarak.
Dalam pada itu, Ustaz Yaakub berharap isu ini menjadi pengajaran kepada semua untuk memahami erti ibadah korban.
Sumber: TikTok