in

“Ada yang pandai-pandai pilih, siap sorok daging” – Ramai Anggap Remeh, Tak Sedar Haram Hukumnya ‘Curi’ Daging Korban

Untitled Collage 8 E1624077868808

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada yang buat korban ke tahun ni? Kalau ada, syukur kerana dilapangkan rezeki hingga berkemampuan untuk laksanakan ibadah tersebut.


Bercakap pasal korban, tentu ramai daripada kita yang pernah turut serta dengan aktiviti melapah daging sembelihan. Tak kiralah sama ada ia dibuat di masjid, di taman perumahan atau ‘sendirian berhad’ saja di kediaman masing-masing.

Seronok aktiviti melapah ni kerana disertai ramai jiran tetangga dan ahli keluarga, secara tidak langsung memeriahkan lagi suasana untuk sambutan hari raya Aidiladha pada keesokan harinya.

Namun dalam keseronokan bergotong royong tu, tahukah anda bahawa HARAM hukumnya sekiranya kita ‘mencuri’ daging korban tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pemiliknya? Alamak, daging korban pun nak dicuri? Dan siapa pula yang digelar pencuri daging tu?

Menerusi penerangan yang dibuat seorang pengguna Twitter, Faisal Rahim — daging korban sebenarnya adalah milik penama seratus peratus.

1 1

2 1

Jadi, golongan inilah yang dikatakan sebagai pencuri daging. Mentang-mentang dia yang melapah, semua bahagian best-best dia nak songlap sesama geng. Mungkin ramai yang memandang remeh perkara ini, namun ia adalah satu perkara besar yang perlu diberi perhatian sewajarnya.

Kalau tidak, alamatnya makan daging haramlah kita. Jadi apa solusi terbaik bagi mengelakkan perkara ini berlaku?

3

4

Jadi kesimpulannya, tidak boleh diberikan daging korban sebagai upah kepada tukang sembelih dan pelapah kerana turut ada dalil mengenai larangan tersebut seperti yang pernah dijawab oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Namun ia dibolehkan sekiranya tukang sembelih termasuk dalam golongan fakir miskin, dan diharuskan untuk pemilik korban itu sendiri yang menyampaikannya kepada mereka.

 

Baca: “Dia marah sebab tak dapat daging korban” – Lelaki Dilibas Besi & Keluarga Diancam Bunuh Angkara Dendam ‘AidilAdha’

 

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.