in

Dakwa Sebagai Pakar Bedah Siasat Zara Qairina, ‘Dato’ Prof Dr.’ Ditahan Polis

menyamar pakar bedah siasat zara qairina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah mengenal pasti individu di sebalik akaun TikTok ‘Dato’ Prof Dr. Tunku Iskandar’ yang disyaki mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah siasat jenazah Allahyarhamah Zara Qairina.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan hari ini, polis sudah mengambil keterangan individu itu dan merampas peralatan komunikasinya untuk analisis lanjut.


“Suspek dikesan di Kota Damansara lewat malam tadi, berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada keterangan dua individu lain yang menyertai siaran langsung TikTok suspek.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk direkodkan keterangannya,” tulis kenyataan itu.

Artikel berkaitan: Laporan Forensik Zara Qairina Mungkin Siap Paling Lambat 2 Bulan, Ini Mungkin Sebabnya

Artikel berkaitan: 8 Jam Saksikan Bedah Siasat, Peguam Sahkan Memang Ada Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina

81755584231 tbMCMCPatologi

Sehubungan itu, MCMC menegaskan, penyebaran maklumat palsu terutama yang menyentuh isu sensitif berkaitan kematian, tragedi atau mangsa nahas adalah satu kesalahan serius yang boleh menyinggung perasaan keluarga, mengelirukan masyarakat serta mengganggu proses siasatan pihak berkuasa.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, polis turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Sabtu lalu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan menerusi semakan Kementerian Kesihatan mendapati individu itu bukan seorang pakar mahupun kakitangan kementerian terbabit.

Terdahulu, individu terbabit menerusi satu siaran langsung di platform TikTok berkongsi kepada penonton mengenai ‘pengalamannya’ ketika sesi bedah siasat pelajar Tingkatan Satu itu.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.