in

“Dahlah minyak tengah mahal sekarang” – 20,000 Liter Minyak Masak Tumpah Gara-gara Lori Tangki Langgar Tiang Plaza Tol

Rugi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kira-kira 20,000 liter minyak masak dilihat tumpah membanjiri jalan raya selepas sebuah lori tangki yang membawa muatan bocor akibat melanggar tiang Plaza Tol Juru, semalam.

Menurut Astro AWANI, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengah hari dan pasukan anggota telah dihantar ke lokasi kejadian.


https://twitter.com/jnmalaysia/status/1384421189934731270

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati berlaku kebocoran lori tangki yang membawa muatan 20,000 liter minyak masak.

“Lori tangki berkenaan dipandu pemandu lori yang berusia lingkungan 50-an dan dia dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.

“Pasukan Bomba bersama PLUS Response Team menjalankan kerja-kerja bagi menghentikan kebocoran pada tangki dan melakukan pembersihan di kawasan tumpahan minyak sehingga selesai,” jelasnya.

Operasi itu dimaklumkan tamat sekitar jam 1.30 tengah hari. Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kejadian tersebut telah mengakibatkan aliran trafik dari arah utara perlahan sejauh 3km.

 

“Aiyo minyak mahal tolong tadah sikit sorang” 

Rata-rata netizen yang melihat kejadian tersebut menerusi video yang viral sangat terkejut dan sedih melihatkan pembaziran minyak yang berlaku.

Ada juga yang mencadangkan supaya seseorang pergi menadah minyak masak yang tumpah tersebut dari terus mencurah ke jalan raya. Dahlah harga minyak mahal sekarang kan?

Masak 1

Baca: [Video] Tangki Minyak Di Indonesia Meletup, Lelaki ‘Selamba’ Minta Netizen Jangan Panik Walaupun Api Menjulang

Bakar 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.