in

“Dah2 la tu Abg Aidil ku sayang” – Aidil Zafuan Perjelas Isu Nafkah Anak, Ini Respon Balas Rita Rudaini…

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah bertahun-tahun mendiamkan diri, semalam pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan telah menjawab tuduhan netizen yang mendakwa dirinya tak bayar nafkah anak-anak hasil perkahwinannya dengan pelakon Rita Rudaini.


Menerusi perkongsiannya di Instagram, Aidil mengatakan yang dia telah berikan nafkah kepada anak-anaknya setiap bulan tanpa gagal seperti yang ditetapkan oleh mahkamah.

“Saya beri nafkah setiap bulan tanpa gagal”

Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam akaun. Seharusnya pihak di sebelah sana sedia maklum bahawa nafkah telah pun diterima pada setiap bulan.”

Tambahnya lagi, pihak Rita tak menerangkan perkara sebenar hinggakan ramai menganggap dia sebagai bapa tak bertanggungjawab.

Mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna pula, Aidil mengatakan itu adalah urusan antara dia dan pihak Rita.

Screenshot 2021 01 25 At 11.24.30 Am

Adalah tidak manis urusan keluarga dihebahkan kepada orang ramai.”

Aidil turut memberitahu ini adalah kenyataan terakhir yang akan dibuat berhubung isu ini dan turut memberi amaran yang dia tak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan jika ada pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, penghinaan dan cacian ke atasnya tanpa sebarang bukti.

Screenshot 2021 01 25 At 11.02.34 Am

“Bersyukur la ada bekaih bini didik benih hang”

Screenshot 2021 01 25 At 11.19.45 Am

Ekoran kenyataan dari bekas suaminya, Rita Rudaini telah memberikan respon balasnya di Instagram peribadi. Menurut pelakon ini, dia tak pernah kata yang Aidil tak pernah bayar zakat namun sejak dulu jumlah nafkah yang diberikan tak pernah meningkat.

Dari dulu tiada duit baju raya, tiada duit sekolah, ke tak tahu anak dah sekolah mungkin. DUIT BULAN DEC 2019 terlepas pandang kot tak bagi tapi saya diamkan sajalah.”

Screenshot 2021 01 25 At 11.08.15 Am

Rita turut memberi pesan kepada Aidil untuk bersyukur kerana dia dah didik anak-anaknya dan meminta bekas suaminya itu untuk bersyukur.

Screenshot 2021 01 25 At 11.10.54 Am

Screenshot 2021 01 25 At 11.12.54 Am

Screenshot 2021 01 25 At 11.11.56 Am

Rita turut sempat memesan yang dia tak minta dirinya disokong netizan kerana dia tak takut untuk berjuang seorang diri.

Screenshot 2021 01 25 At 11.14.45 Am

Untuk pengetahuan korang, sebelum mahkamah telah perintahkan Aidil untuk membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah pula, lelaki ini perlu membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Rita dan Aidil telah bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Thailand dan telah pun bercerai secara sah di Mahkamah Rendah Syariah pada September 2013.

 

Baca: “Tak jumpa depan2 jgn buat cerita kartun” – Dituduh Skin Teruk, Faezah Elai Tunjuk Muka Flawless Tanpa Make-up

Screenshot 2021 01 25 At 11.26.30 Am

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.