in

“Dah tua tapi level Raver”

Fi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Dah tua tapi level Raver"
Loading
/

Tak kisah lah kat bandar ke kat kampung ke, sambutan hari Raya Aidilfitri ni mesti diiringi dengan bunyi mercun dan bunga api, kan? Tapi tiap-tiap tahun mesti ada kita dengar cerita pasal budak-budak cedera main mercun.

Jadi tak peliklah kalau ada ibu bapa yang memang tak kasi langsung anak-anak dorang main mercun supaya benda-benda tak elok macam tu tak terjadi. Apa yang peliknya adalah bila orang dewasa pula yang seronok main mercun. Eh?


L1
sumber: facebook

Menurut perkongsian satu akaun Facebook, ada seorang pakcik ni seronok sangat main mercun siap guna cara yang tak pernah dibuat orang! Dalam video berdurasi enam saat yang dikongsikan, pakcik tu dilihat bersama dengan seorang lagi lelaki dewasa bermain mercun menggunakan kayu pemukul golf!

L2
sumber: facebook

Rakaman video tersebut ternyata mengundang kecaman orang ramai yang bimbangkan keselamatan penduduk sekitar. Ini kerana mercun yang telah dinyalakan itu dipukul ke arah tiang eletrik dan jalan raya yang digunakan orang awam.

Mereka juga kecewa kerana pakcik itu sudah dewasa tapi memberikan contoh yang tidak elok kepada anak-anak muda.

Bahaya
sumber: facebook

Netizen juga bimbang kalau-kalau mercun tersebut terkena wayar dan meletup kerana ia boleh menyebabkan kecederaan ataupun lebih teruk, kematian. Ada juga yang siap cakap pakcik ni kelihatan berusia, tapi apa yang dibuat tu dah macam level budak-budak raver. Erk!

Raver
sumber: facebook

Seeloknya orang yang lebih dewasa menunjukkan contoh yang lebih baik kepada anak-anak muda terutamanya kanak-kanak. Korang rasa macam mana?

Tonton video di bawah:

Sumber: Facebook

Baca: Tangan Lelaki Hampir Hancur Selepas Mercun Dilempar Kanak-kanak Meletup di Tumpat, Kelantan

Mercun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.