in

Tangan Lelaki Hampir Hancur Selepas Mercun Dilempar Kanak-kanak Meletup di Tumpat, Kelantan

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mercun bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah boleh juga menyebabkan kecederaan kepada orang lain. Seperti kes yang berlaku baru-baru ini di Kampung Jejuluk, Tumpat, Kelantan.


Khamis lalu, seorang lelaki dikenali sebagai Abdul Azim, 29, yang bekerja sebagai tukang rumah dikatakan dalam perjalanan ke kawasan zon bebas cukai Pengkalan Kubur kira-kira jam 3.30 petang.

Ketika sedang menunggang, satu objek tiba-tiba jatuh ke dalam raga motornya. Dia kemudian menyedari objek itu adalah mercun yang sudah dinyalakan! 

Menyedari ianya membahayakan, Abdul segera mengambil mercun yang dilempar oleh kanak-kanak itu untuk membuangnya.

Bola
gambar hiasan

Namun, belum sempat dia berbuat demikian mercun tersebut meletup di tangannya. Letupan itu telah menyebabkan tangannya cedera sehingga menampakkan tulang di jari telunjuk.

Abdul  kemudian segera menghentikan motorsikal dan menyedari bahawa tangan kanannya berlumuran darah. Orang ramai yang melalui jalan itu membantu membawanya ke Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainad II (HRPZ II).

Whatsapp Image 2017 06 08 At 3.14.37 Pm.jpeg.transformed
sumber: berita harian

Orang lain makan nangka, orang lain makan getahnya.

Lainkali make sure takde orang lalu-lalang untuk elak perkara macam ni berlaku. Jangan disebabkan kecuaian anda, orang lain yang terima padah.

Baca: Kanak-kanak 9 Tahun Cedera Tangan Kiri Selepas Mercun Bola Meletup Ketika Bermain

Mercun2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.