in

“Dah terfikir nak buka puasa apa dengan kamu semua” – Yana Najib Kongsi Reaksi Bapa

Ft Yana Najib Kongsi Reaksi Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan terakhir Bekas Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Razak berkaitan dengan kes SRC International.

Keputusan itu secara majoriti dibuat empat panel hakim yang dibaca Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan disokong Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.


 

Baru terfikir nak buka puasa apa nanti dengan kamu – Najib 

Berikutan dengan keputusan tersebut, anak kepada Najib Razak, Nooryana Najwa atau lebih mesra disapa dengan Yana Najib  ada berkongsi luahan kecewa yang keluar daripada mulut bapanya menerusi IG Story miliknya.

Dalam perkongsian itu, Yana Najib menunjukkan gambar kerusi dari meja makan yang dipercayai menjadi tempat duduk ayahnya bersertakan beberapa patah kata daripada Najib Razak.

“Sedihnya, kerusi itu akan kekal kosong malam ni”

“Daddy : Saya dah terfikir, apa nak buka puasa dengan kamu semua. Solat bersama..”

“Yana : Tak apa daddy, rasanya reunion kita kena tangguhkan, kita tetap akan bersama..”

Img 9261

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan bahawa, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan menentang penolakan mahkamah membuat semakan kes SRC. Oleh sebab itu, Yana ada memberikan ucapan penghargaan kepada beliau.

Img 7351

Dengan keputusan ini, hukuman penjara 12 tahun terhadap Najib Razak di Penjara Kajang dikekalkan. Namun, pilihan terakhirnya adalah mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sebagai rujukan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan  tiga kes pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun bagi satu kes penyalahgunaan kedudukan. Namun begitu, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Baca : [TERKINI] Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Kes SRC, Najib Kekal Jalani Hukuman

Najib Razak Kekal Bersalah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.