in

[TERKINI] Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Kes SRC, Najib Kekal Jalani Hukuman

Najib Razak Kekal Bersalah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini telah berlangsungnya kes semakan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.


Menurut Utusan Malaysia, Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah memutuskan untuk menolak rayuan bekas PM tersebut dan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun.

Keputusan tersebut dibuat dengan majoriti 4-1 dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Nordin Hassan menyokong.

Ketua panel Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli pula menentang keputusan tersebut.

Ketika ini, Hakim Abdul Rahman sedang membaca penghakiman menentangnya.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan keputusan kes SRC pada 6 September 2022 selepas tidak berpuas hati dengan keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

040323 Ct Najib Audit Kaitan Lead 1536X1031 1

Najib memfailkan permohonan semakan tersebut atas alasan antaranya, dia tidak mendapat perbicaraan yang adil dan berlaku konflik kepentingan membabitkan Hakim Tengku Maimun.

Dengan keputusan ini, Najib kekal menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Berita lanjut menyusul…

Baca: Najib Razak Sambung Belajar Dalam Penjara – Menteri Dalam Negeri

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.