“Dah tau laki orang kenapa layan?” – Viralkan Suami Orang Ajak Keluar Dating Tapi Kena ‘Sekolah’ Dengan Netizen

Baru-baru ni seorang wanita reveal conversation dia dengan seorang lelaki berstatus suami orang. Melalui posting dia di Twitter, katanya lelaki tu tak serik serik contact dia sebab nak ajak keluar dating!

Sumber: Twitter

Gilaa betul laki zaman sekarang dekat IG terang terang gambar dengan bini boleh DM aku ajak pegi tengok wayang la, Cameron lah, Genting lah!! Kesiannya wife dia, nasib la aku tak melayan. Ya Allah laki tolonglah jangan macam ni hancur hati kalau wife dapat tau.”

Dalam screenshot yang dia hantar tu memang boleh nampak lelaki tu tak henti-henti DM dia dekat Instagram dan dia pun ada reply dekat lelaki tu.

Sumber: Twitter

Bukan tu je, lelaki tu juga mengaku ada stalk instastory dia dan siap bagi tanda ‘😍’ pula dekat setiap instastory wanita ni. Siap cakap pasal kulit dia yang putih gebu weh!

Sumber: Twitter

Tapi, lepas dah share semua tu dia bukan dapat support daripada netizen sebaliknya kena ‘sekolahkan’ balik. Seorang pengguna Twitter persoal tindakan dia reply DM suami orang tu lepas tu viralkan pasal kecurangan mamat tu, sedangkan dia sendiri pun melayan.

Pertama sekali, kalau you tahu dia laki orang tak perlu pun reply DM tu? Dia tengok you reply DM dia lagi syok la 🤷🏻‍♀️.”

 

“Hang tau dia ada bini, takyah layan.”

Sumber: Twitter

Ramai juga netizen setuju dengan pengguna Twitter ni sebab wanita tu ada cakap ‘nasib dia tak melayan’ padahal sebenarnya dah terang terang nampak dia reply mesej mamat tu dekat DM.

Bila lelaki tu ajak keluar, boleh pulak tanya nak pergi mana. Nampak takda beza pun.”

Sumber: Twitter

Senang cite, jangan layan langsung. Kalau apa apa jadi takdelah bukti you mesej dengan laki orang kannnn…. Dia nak curang lantak dia, tapi kita as a woman takyah layan k!

Baca: “I ada perut nak kena isi” – Guna Alasan ‘Skills’, Photographer Ini ‘Sekolahkan’ Klien Minta Khidmatnya Tapi Tak Nak bayar

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!