in

Thailand Umum Senarai Negara Dibenarkan Melancong Tanpa Kuarantin, Salah Satunya Malaysia

Thailand Benarkan Pelancong Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya ramai ‘kaki travel’ dah boleh tersenyum selepas Perdana Menteri Thailand malam tadi telah mengeluarkan senarai 46 buah negara yang dibenarkan memasuki negara berkenaan tanpa perlu menjalani kuarantin.


Perkara tersebut telah diumumkan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha dan difahamkan kesemua pelancong dari 46 buah negara yang tersenarai tersebut boleh mengunjungi Thailand dengan syarat mereka telah mendapat 2 suntikan vaksin.

Difahamkan, walaupun tidak perlu menjalani kuarantin, ada beberapa lagi syarat yang dikenakan termasuklah mengambil ujian RT-PCR dan menunggu hasil ujian negatif di hotel yang disediakan menerusi AQ Hotel atau SHA Plus.

Selain itu, ada beberapa lagi syarat yang dikenakan keatas semua pelancong daripada 46 buah negara yang tersenarai antaranya termasuklah mempunyai insurans perubatan dengan perlindungan minimum 50,000 USD (RM 207,900) dan menjalani ujian RT-PCR sekurang-kurangnya 72 jam sebelum penerbangan.

Syarat Kemasukan Ke Thailand

Walaupun begitu, mereka sekali lagi akan menjalani satu ujian RT-PCR setibanya di Thailand selain perlu menempah satu malam di hotel yang telah ditetapkan pemerintah sambil menunggu hasilnya ujian tersebut. Jika negatif, mereka boleh melancong dengan bebas.

Min saje-saje lah cari harga hotel yang ada status SHAPlus di Phuket, ada banyak jugak senarai rupanya, ni contoh kalau dekat Agoda :

Sha Plus Phuket

Difahamkan juga bahawa Thailand akan membuka kembali beberapa pusat pelancongan terkenal termasuklah Hua Hin dan Pattaya yang sebelum ini ditutup kepada pelancong luar ini sebagai salah satu langkah merancakkan kembali ekonomi negara berkenaan yang bergantung kepada industri pelancongan.

Harapnya, sesiapa yang nak bercuti kesana ikut segala syarat yang dikenakan, jangan bagi ‘busuk’ nama Malaysia okay? 

Baca : Berita Baik! Thailand Bakal Dibuka Kepada Individu CUKUP VAKSIN Mulai November Ini

Cats 9

Sumber: Twitter
Sumber: Agoda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.