Kes wabak Covid-19 menunjukkan peningkatan di seluruh dunia. Baru-baru ini sahaja, Indonesia juga mencatatkan dua kes pertama positif virus korona, menjadikan mereka negara ke-65 terlibat dengan jangkitan wabak berbahaya ini.
Disebabkan itu, sudah banyak tempat pelancongan seluruh dunia yang mula menutup operasi mereka buat sementara waktu demi mengurangkan jangkitan virus ini kepada orang ramai. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati, guys!
Menurut CNN Travel, berikut merupakan beberapa tempat pelancongan yang mula ditutup buat pengunjung di seluruh dunia.
#1 Disneyland
Disneyland ini tidak pernah lengang dengan pengunjung. Kalau nak main games atau roller coster, mesti kena beratur panjang sebab ramai sangat orang. Namun, buat masa ini, taman tema popular keluarga ini telah ditutup buat sementara waktu.
Antara Disneyland yang ditutup buat masa sekarang ialah Disneyland Hong Kong, Disneyland Shanghai, Disneyland Tokyo dan Disneysea Tokyo.
Disneyland Hong Kong belum menetapkan lagi tarikh pembukaan semula taman ini manakala Disneyland dan Disneysea Tokyo pula akan dibuka semula pada 16 Mac nanti. Disneyland Shanghai pula sudah ditutup pada 24 Januari lalu sehingga diberitahu.
Mesti rugi bisnes diorang tahun ini kan.
#2 Gyeongbokgung Palace, Korea Selatan
Istana ini yang selalu menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila ke Korea juga menghentikan guided tours mereka. Kalau korang nak melawat sendiri boleh je sebab istana ini bukanlah ditutup sepenuhnya.
#3 Muzium Louvre, Paris
Menurut Sinar Harian, muzium yang terletak di Perancis ini juga ditutup sebab katanya pekerja-pekerja muzium terbabit takut dengan penularan Coronavirus dan mereka tidak mahu bekerja buat sementara waktu.
Dahsyat weh, takut jugak kalau terjangkit.
#4 Tokyo Sky Tree, Jepun
Berada pada ketinggian 634 meter, menara yang sering menjadi tumpuan pelancong yang baru pertama kali ke Jepun ini juga mula ditutup pada 1 Mac lalu sehingga 15 Mac ini.
Jadi, korang kena alert dengan penutupan tempat-tempat pelancongan ni okay.