in ,

“Dah suruh kuarantin korang nak parti jugak kan?” – US Catat Kes Paling Tinggi, Kalahkan China & Itali

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Amerika Syarikat (AS) kini menjadi negara paling terjejas akibat Covid-19, lapor Berita Harian. Menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University (Johns Hopkins) dan The New York Times (Times), negara itu kini mencatatkan kes tertinggi di dunia.

AS yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 330 juta orang itu kini mengatasi China dan Itali dengan 82,4040 kes dengan sekurang-kurangnya 81,321 diuji positif Covid-19.

Sementara itu, Itali merekodkan 80,539 kes setakat semalam dan China pula sebanyak 81,285 kes. Hospital di AS kini semakin kritikal untuk menangani pesakit Covid-19 dan 40% rakyat mereka kini dilaporkan berada dalam perintah berkurung untuk membendung penyebaran wabak itu.

Menurut Johns Hopkins lagi, sekurang-kurangnya 1,178 orang dilaporkan maut akibat Covid-19 termasuklah 100 di New York.

Meskipun banyak negara lain yang mempunyai lebih banyak kematian, pakar mengatakan angka jangkitan di AS menunjukkan kemungkinan ramai lagi rakyat negara itu yang akan mati. Jumlah sebenar kes juga mungkin jauh lebih tinggi daripada angka rasmi yang dilaporkan kerana kekurangan kit ujian.

Kiraan rasmi untuk jumlah kes COVID-19 di AS yang diperoleh daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) didakwa tidak selari dengan data sebenar. Pada petang semalam, 26 Mac 2020 CDC menyenaraikan hanya 68,440 kes jangkitan di AS.

Baca: “Kluster baru virus di Sarawak” – 3 Beranak Meninggal Dunia, Berjangkit Dengan Ahli Keluarga Pulang Dari Itali

Sumber: The Star
Sumber: FMT
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: