in

“Jgn bagi budak pakai macam ni” – Netizen Tegur Che Ta Jaga Pakaian Anak, Takut Tarik Perhatian Pedofilia

Ecah Spenda

Sudahlah comel, petah berkata-kata pulak tu, anak pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 5 tahun ini kerap kali menjadi perhatian netizen ramai.

Meskipun Aaisyah ni masih kecil lagi, tapi kalau tengok dari gaya dia bercakap, dah seakan-akan ibunya tau. Bijak sangat! 

Ecah 1

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, netizen telah menegur Che Ta gara-gara sebuah video yang dimuat naiknya berkaitan Aaisyah dirasakan tidak sesuai.

Menerusi satu posting yang dimuat naik di IG aaisyahdhiarana11, kanak-kanak yang comel ini dilihat sedang bersembang dengan ibunya tentang perkara yang dimahukannya bila besar nanti.

Namun video tersebut kemudian mendapat perhatian netizen selepas ramai yang mula perasan sesuatu yang pelik dengan pakaian yang dipakai Aaisyah.

Rupa-rupanya baju tersebut bukanlah baju tetapi seluar dalam yang telah dipakaikan sebagai baju. Uish tajam mata netizen! 

 

“Kecik2 dah ajar pakai baju tak berapa sopan. Maaf” 

Rata-rata netizen yang melihat video itu telah menegur supaya Che Ta mahupun Zain untuk lebih peka dengan baju yang dipakai Aaisyah supaya dia tidak menjadi ‘target’ kepada golongan pedofilia.

Meskipun ada yang menganggap perkara tersebut sebagai ‘kreatif’ dan comel namun ada juga di kalangan netizen berharap ibu bapanya dapat mengajar Aaisyah untuk memakai pakaian yang lebih sopan selepas ini.

Pakai Spenda

Kalau boleh sebaiknya kita lindungilah anak kita dari golongan pedofilia ni. Bahaya!

Baca: “Orang berniaga makanan kau pun nak jugak” – Sharnaaz ‘Hentam’ Produk Makanan Aliff Syukri, Ini Respon Chef Wan

Canaz

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram