Lelaki Redha Kahwinkan Isteri Yang Masih Angau Dengan Kekasih Lama

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Nak tanya la kat korang yang lelaki ni. Korang jenis yang jealous tak? Jenis tak boleh tengok isteri korang kawan dengan lelaki lain. Kalau isteri korang dah angau dengan kekasih lama dia, sanggup tak korang nak kahwinkan dorang?

For sure, takde siapa yang akan kata sanggup. Sedangkan lelaki lain kacau awek pun dah naik hantu, ni kan isteri ye dak? Tapi lain lah pulak dengan mamat berasal dari desa Palmara, Odisha, India ni yang redha kahwinkan isteri dia dengan orang lain. Wow!

Gambar hiasan

Menurut mStar, Basudep Tappo, 28, dikahwinkan dengan seorang wanita kampung berusia 24 tahun pada 4 Mac lepas. Dorang ni kahwin secara arranged marriage. Mak dan ayah dorang yang kahwinkan and dorang takde tanda surat pengesahan sebab masyarakat dah menerima dorang ni as husband and wife.

Gambar hiasan

All is well sepanjang enam hari perkahwinan sampailah datang tiga orang lelaki dari kampung isteri dia dan salah sorang mamat tu mengaku yang dia sepupu wanita tu. Si Basudep ni pun lek je bagi dorang tinggal situ lepas tu tinggalkan rumah bersama dua orang lelaki tu nak tunjuk kawasan kampung.

So, tinggallah ‘sepupu’ tu berdua dengan isteri dia kat rumah. Apa lah! Bila jiran dapat tau, dorang pergi masuk rumah Basudep and belasah lelaki tu sampailah akhirnya wanita tu mengaku ‘sepupu’ dia tu sebenarnya kekasih lama yang mak ayah tak restu dorang bersama.

Basudep ni punyalah baik. Dia kata tinggal satu cara je untuk dorang bertiga happy iaitu dia sanggup kahwinkan isteri dia dengan lelaki tu. Yang peliknya, tetibe family wanita tu setuju pulak yang dia akan dikahwinkan dengan kekasih lama tu.

Gambar hiasan

Mak Basudep, Sanibari Tappo pun puji kepandaian Basudep sebab dapat fikirkan penyelesaian yang bernas ni. Bukan tu je, seluruh kampung siap datang nak sokong perkahwinan kedua isteri Basudep tu.

Wow. Tak jeles pulak Basudep ni ye…

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: Lelaki Hidup Bahagia Dengan Dua Isteri Cantik Kongsi Tips Keharmonian Hidup Berpoligami

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.