in

“Dah macam hantu!” – [VIDEO] Gadis Bertelekung Main Skuter Malam-malam, Seram Tapi Lawak!

Ft Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang pasti ada pengalaman yang menyeramkan dalam hidup masing-masing kan. Kadang-kadang benda lawak pun boleh jadi seram macam kita nampak makcik-makcik baru balik dari masjid waktu malam, dah la pakai telekung ramai-ramai. Dah macam bunian, hehehe.


Sama dengan kisah kalini, dalam perkongsian @luqmanhaziq124, dia telah memuat naik video di Tiktoknya yang menunjukkan seorang gadis yang bertelekung sedang bermain skuter pada waktu malam.

@noname_2177

#fypage #fyp #fypシ #trend

♬ bunyi asal – haaaaziq_ – NOname_

“Dah macam lembaga putih”

Video yang dimuat naik ini diambil daripada Instagram story seorang pemuda yang menunjukkan adik perempuannya sedang bermain skuter pada waktu malam tapi korang tengok la dia pakai apa!

Dengan selamba gadis terbabit lengkap bertelekung yang kelihatan seolah-olah lembaga putih bermain skuter turun dari bukit depan rumahnya. Seram juga kalau tengok depan-depan.

Menurut kakak kepada gadis itu, dia melakukan hal itu kerana terlalu bosan tak tahu nak buat apa pada malam itu dan mengambil keputusan untuk melakukan hal tersebut.

“Kalau jumpa depan mata…”

Video pendek itu telah mendapat lebih daripada satu juta tontonan di Tiktok sehingga kini dan ia menjadi bahan bualan netizen di ruangan komen. Rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan gadis itu.

Beberapa komen netizen yang min tertarik untuk berkongsi:

Komen Skuter

Kebanyakan netizen boleh relate kalau mereka nampak depan mata. Ada yang lari tak cukup tanah, ada yang terkencing la.

Kalau min buat-buat pengsan sebab min penakut sikit.

Baca: [VIDEO] Seram Wanita Nampak Sosok Budak Main Basikal Sebelah Tanah Perkuburan Jam 2:30 Pagi

Fi Main Basikal E1632197719819

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.